Harga Tiket Zoo Melaka & Dinosaur Encounter (Terkini 2022)
‘Dinosaur Encounter’ akan dibuka di Zoo Melaka telahpun dibuka mulai 25 Disember 2020 yang lalu.
Ia adalah tarikan terbaru istimewa untuk semua pengunjung Zoo Melaka, terutamanya anak-anak kecil yang minat sangat nak tengok dinosaur.
Tentu excited kan?
Untuk makluman, Dinosaur Encounter telah dirasmikan pembukaannya pada 25/12/2020 (Jumaat) iaitu pada Hari Krismas 2020.
Baca juga: Cara ‘Claim’ KFC Birthday Voucher Untuk Yang Lahir Bulan Disember
Apa Yang Ada Di Dinosaur Encounter @ Zoo Melaka?
Lebih dari 100 spesis, 150 dinosaur bersaiz 1:1, dan berkeluasan 5 ekar di dalam taman hutan menjadikan Dinosaur Encounter sebuah taman interaktif dinosaur terbesar di Asia Tenggara.
Selain boleh mempelajari spesis dinosaur, pelbagai aktiviti dan tarikan lain di sini seperti
- Valley of Light,
- Ice Age Park,
- Galeri Fosil,
- Persembahan Dinosaur ,
- Photobooth,
- Content Educational,
- Guided Tour,
- Kedai Barangan Cenderahati,
- VR Games,
- Dinosaur Ride dan lain-lain permainan.
- Dino Cafe juga ada disediakan untuk keluarga berehat sambil melayan anak-anak.
Yang ingin merasai suasana berlainan, boleh juga datang di sebelah malam untuk melihat dinosaur-dinosaur di sini termasuk sebuah taman berkonsepkan ‘avatar’ yang pastinya memukau mata anda.
Jangan lupa untuk memakai penutup muka ketika berada di Zoo Melaka.
Sila jaga jarak sosial anda sepanjang berada di Zoo Melaka juga ok!
Baca juga: [VIDEO] Tasik Cermin Ditutup Bermula Hari Ini Susulan Kes Lelaki Terjun
Harga Tiket Masuk Zoo Melaka & Dinosaur Encounter Terkini
Harga tiket masuk Zoo Melaka & Dinosaur Encounter adalah berharga RM38 (dewasa) dan RM31 (kanak-kanak / warga emas).
*Kanak-kanak 3 Tahun kebawah PERCUMA
Pembelian online : https://ticket.zoomelaka.gov.my
NOTA:
- Kemasukan untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun adalah percuma.
- Kemasukan warga emas hanya berlaku untuk warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas.
- Sila kemukakan MyKad anda di Kaunter Tiket.
- Harga sudah termasuk GST dan Cukai Hiburan.
Untuk pembelian online di laman web Zoo Melaka, sila layari : https://ticket.zoomelaka.gov.my
Wah seronoknya, ibu ayah yang ada anak-anak yang minat sangat dengan dinosaur kini bolehlah masukkan Zoo Melaka dalam destinasi mesti pergi cuti sekolah ini kan?
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut dan info terkini sila rujuk dari laman web rasmi mereka dan saluran media sosial berikut:
Facebook: Dinosaur Encounter / Zoo Melaka & Taman Burung
Untuk pembelian korporat, pelajar, kumpulan atau tiket khas, sila hubungi kami di [email protected]