5 Barang Yang Boleh Diambil Semasa Menginap Di Hotel!
Sejak bermulanya pandemik Covid-19, pasti anda semua sudah lama tidak bercuti-cuti di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Bila kali terakhir anda bermalam di hotel?
Mesti anda sudah merindui untuk bercuti dan menginap di hotel kan? Memandangkan kerajaan sudah memberikan kelonggaran untuk bercuti di Langkawi.
Ini lah waktunya untuk anda yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin pergi bercuti tidak kira di Langkawi mahupun di dalam negeri tempat tinggal sendiri.
Pastinya pusat penginapan hotel menjadi pilihan utama dalam penginapan anda. Sejak dulu lagi ramai orang tertanya barangan yang disediakan oleh pihak hotel ini boleh dibawa pulang atau tidak?
Menerusi perkongsian, akaun Tiktok The Manohara Hotel Yogyakarta ada berkongsi antara 5 barang yang disediakan untuk pengunjung dan dibenarkan untuk dibawa pulang.
Antara barang yang boleh dibawa pulang adalah:
- Laundry bag
2. Air Mineral.
3. Notepad.
4. Selipar (jika disediakan)
5. Peralatan mandi (lotion, ubat gigi, gel mandian dan syampu)
Selain daripada ini, anda tidak dibenarkan membawa pulang barang-barang seperti, bantal, tuala mahupun penyangkut baju atau barangan yang lain.
@themanoharayogyakarta Nah ini dia barang-barang yang wajib kalian bawa pulang setelah staycation di Hotel. #themanohara #fyp
♬ TIKTOK HUDHAEFA RAFFA PERFORMANCE – HUDHAEFA RAFFA 3
Sumber: Themanoharayogyakarta