PBTPay : Cara Bayar Cukai Taksiran / Cukai Pintu Secara Online
CARA BAYAR CUKAI TAKSIRAN ONLINE MELALUI PBTPAY
Tahukah anda, kini semakan dan bayaran Cukai Taksiran boleh dibuat dengan lebih mudah menggunakan PBTPay atau JomPay.
Bagi yang belum menerima Bil Cukai Taksiran Penggal Pertama 2022, anda juga boleh boleh dimuat-turun secara dalam talian untuk rujukan dan simpanan.
Cara ini tentunya selamat dan lebih cepat, tanpa perlu keluar ke pejabat dan beratur di kaunter.
Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang PBTPay dan cara membuat bayaran serta semakan secara online.
Apakah PBTPay?
PBTPay adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan visi JKT yang ingin menjadikan PBT sebagai sebuah agensi yang bertaraf dunia, portal ini dibangunkan khas untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada orang awam untuk membuat bayaran.
- Pelbagai jenis bayaran seperti cukai, kompaun dan lesen
- Bayar menggunakan FPX
- Semak dan dapatkan maklumat akaun dan pembayaran
Apakah Cukai Taksiran / Cukai Pintu?
Cukai taksiran atau cukai pintu adalah cukai yang dikenakan terhadap semua
pegangan atau harta tanah di kawasan Majlis Perbandaran.
Kuasa untuk mengenakan cukai ini adalah selaras dengan
peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 127 yang
membolehkan pihak PBT mengenakan kadar ke atas pegangan-pegangan yang terdapat di dalam kawasan pentadbiran Majlis.
Kutipan dari cukai ini adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.
JENIS HARTA YANG DIKENAKAN CUKAI TAKSIRAN
Semua pegangan persendirian seperti bangunan kediaman, bangunan komersial,
bangunan industri, tanah pertanian dan termasuk tanah kosong / Lot tanah yang belum
dibangunkan.
Nilai Tahunan ditakrifkan sebagai “Anggaran Kasar Sewa Tahunan” yang menasabah
dijangka akan diperolehi dari setahun daripada pegangan yang berkenaan jika
disewakan, dengan tuan tanah membayar belanja bagi pembaikan, insuran,
penyelenggaraan dan segala kadar dan cukai awam.
Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan x 12 bulan
Baca juga:
- Cara Semakan & Bayar Cukai Tanah Secara Online Setiap Negeri
- Cara Daftar LHDN Pertama Kali Untuk Declare Income Tax (e-Filing)
Tarikh Bayaran Cukai Taksiran / Cukai Pintu Setiap Tahun
Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu :
- ½ tahun pertama – 1hb. Januari hingga 28hb. Februari.
- ½ tahun kedua – 1hb. Jul hingga 31hb. Ogos bagi tiap-tiap tahun.
Cukai taksiran yang dibayar selepas tarikh akhir pembayaran notis berdenda akan dikeluarkan.
Cara Bayaran Cukai Pintu / Cukai Taksiran Online Di Portal PBTPay
Berikut adalah panduan untuk membuat pembayaran secara online bagi cukai taksiran / cukai pintu, sewaan, kompaun dan lain-lain melalui Portal PBTPay:
- Layari laman web PBTPay di pautan https://pbtpay.kpkt.gov.my/
- Daftar sebagai pengguna atau terus buat semakan di butang SEMAK
- Pilih lokasi PBT dan masukkan NO AKAUN bil yang ingin disemak.
- Sekiranya mempunyai amaun yang belum dibayar, pembayaran boleh dibuat terus secara online.
Pendaftaran pengguna boleh dibuat dengan mengikuti langkah di bawah:
Kadar Denda Tunggakan
Mengikut Akta 171, anda akan dikenakan tindakan –tindakan seperti berikut jika pembayaran dibuat lewat daripada tarikh yang ditetapkan :
- Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan dalam masa lima belas hari dari tarikh notis ini diposkan/diserahkan.
Jumlah denda sebagaimana berikut;
Tunggakan | Notis (Denda) |
RM 50.00 dan kurang | RM 2.00 |
RM 50.01 sehingga RM 500.00 | RM 4.00 |
RM 500.01 sehingga RM 1000.00 | RM 10.00 |
RM 1000.01 dan lebih | RM 15.00 |
Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan keatas anda. Waran ini membolehkan Majlis merampas barang-barang yang ada di dalam bangunan atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151. Bayaran waran sebanyak 10 peratus juga akan dikenakan.
Apakah Perbezaannya Dengan Cukai Tanah?
Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai “Cukai Pintu’ dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna kuning.
Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri. Bil cukai tanah berwarna biru.
Maklumat Lanjut
Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
E-mel: [email protected]
Laman web PBTPay: https://pbtpay.kpkt.gov.my/