Garis Panduan Pertukaran Guru 2021 Akan Diperkenal, Dibuka Sepanjang Tahun
Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin mengumumkan bahawa KPM akan memperkenalkan Garis Panduan Pertukaran Guru yang baharu bagi membantu guru-guru memohon pertukaran.
KPM juga mengambil maklum bahawa ramai guru yang ingin memohon pertukaran sebelum penempatan one-off pengambilan guru dilaksanakan.
Oleh itu, beberapa penambahbaikan akan diperkenalkan melalui Garus Panduan Pertukaran Guru yang baharu, termasuk membuka permohonan sepanjang tahun.
Walaubagaimanapun, beberapa 2 faktor utama juga perlu dipertimbangkan dalam permohonan pertukaran iaitu
i) kekosongan jawatan di negeri yang dipohon
Ii) keperluan opsyen di negeri yang dipohon
Perincian Garis Panduan Pertukaran Guru 2021 yang terbaharu ini akan dimaklumkan oleh pihak KPM dalam masa terdekat.
Perkara ini dimaklumkan melalui media sosial rasmi beliau di Facebook pagi ini, 16 Ogos 2021.
Berikut dikongsikan video penuh untuk rujukan guru-guru :
*Sumber: Facebook Dr Radzi Jidin https://www.facebook.com/1560866277543941/posts/2713354412295116/