Total Lockdown: Pakej Bantuan Akan Diumum Segera
YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan ‘total lockdown’ melibatkan Fasa Pertama di seluruh Malaysia bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
Keputusan ini juga mengambil kira suara rakyat, serta cadangan rakyat yang mahu pelaksanaan ‘total lockdown’ yang banyak diluahkan di media sosial.
Perdana Menteri memaklumkan sekiranya Fasa Pertama ‘lockdown’ berjaya mengurangkan kes harian COVID-19, Fasa Kedua akan dilaksana.
Ia akan membenar pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal.
Jelas beliau dalam kenyataan media, Lockdown Fasa Kedua akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir.
Setelah berakhirnya lockdown Fasa Kedua, langkah seterusnya ialah Fasa Ketiga, iaitu melaksana PKP seperti yang berkuat kuasa di Malaysia ketika ini.
Baca juga: BKSS 6.0: Bantuan Tunai RM250 Sebulan Untuk 6 Bulan (KIR), RM500 Bujang
Bagaimanapun, keputusan untuk Malaysia beralih dari ‘total lockdown’ dan dari satu fasa ke fasa berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri memberi jaminan sistem kesihatan awam negara tidak akan runtuh akibat penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi.
Pelbagai sokongan dan bantuan akan diberi kepada Kementerian Kesihatan bagi memastikan kapasiti hospital dan pemberian vaksin meningkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Menerusi satu kenyataan media, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.
Baca juga: BPR Fasa 3: Tarikh Bayaran & Jumlah Baki Yang Akan Diterima
Pengumuman mengenai pakej bantuan itu bakal diumumkan dalam tempoh terdekat.
Justeru, rakyat dinasihatkan untuk terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi SOP ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
SOP penuh total lockdown di Malaysia akan dikemaskini oleh MKN dalam masa terdekat ini.
Sumber: Berita RTM