Proses, Tips & Cara Claim Insurans Kereta Yang Kena Banjir
MACAM MANA NAK CLAIMS INSURANS KERETA MASUK BANJIR ?
Adakah kereta anda mempunyai insurans untuk bencana alam / banjir?
Menurut sebuah perkongsian oleh Sakina Mohamed, keretanya dilindungi insurans sepenuhnya jika berlaku flood, civil commotion, special perils, riots etc. Memang ‘seksa’ sikit nak bayar tapi ia amat penting terutamanya bagi mereka yang duduk di kawasan berbukit, area poor township planning, yang mengalami pembangunan rancak atau yang mudah naik air.
“Kalau tak, korang mungkin end up bayar ansuran kereta yang dah total loss sambil terkontang-kanting nak bayar ansuran kereta baru,” jelasnya.
Tambahnya lagi, “Fahamilah apa yang aku katakan ini: korang takkan dapat pampasan kalau kereta rosak akibat banjir kalau tak beli premium untuk perlindungan banjir. You will get nothing. Zero. Tapi korang still kena bayar ansuran kalau belum habis bayar. And korang takkan boleh tipu. Kereta yang kena banjir akan meninggalkan kesan yang sangat mudah untuk trace, walaupun selepas dah bersih dan kering sepenuhnya.”
Bagi yang dah mula pulang ke rumah dan surut banjir, anda boleh manfaatkan tips ini. Diharapkan dapat memberi info dan membantu sedikit sebanyak bagi yang nak claim insurans akibat kereta ditenggelami air banjir.
Cara Claim Insurans Kereta Akibat Banjir
Jika kenderaan anda ditenggelami banjir & ada ambil cover PERILS , ini langkah anda kena buat
- Jangan start enjin.
- Ambil gambar, catat lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir.
- Bila banjir dah surut, jangan start enjin lagi tetapi terus call towing insurans untuk tow kereta ke balai polis untuk buat report.
- Selepas siap buat report, boleh hantar ke mana2 workshop panel insurans untuk membuat claims.
Kalau renew dengan ejen, boleh call ejen terus ya.
NOTA:
Coverage banjir ni hanya boleh dituntut jika kita mencarum Special Perils. Andai kata tiada coverage ini, memang kena repair sendirilah. So, jika ada Special Perils (flood) , boleh terus hubungi syarikat insurans atau takaful anda.
(Sumber: Facebook)
Bawah ni disenaraikan hotline no syarikat general insurans / takaful untuk di rujuk.
- Zurich : 1-300-88-6222
- Etiqa : 1-300-13-8888
- Alliance : 1-800-22-5542
- AXA Affin : 03-7989-0310
- Berjaya Sompo : 1-800-18-8033
- AM General : 1800-88-6333
- Kurnia : 1-800-88-3833
- Pacific & Orient Insurance : 1 -800-88-2121
- RHB : 1-300-220-007
- Lonpac : 03-2262 8666
- Tune : 1-800-22-8863
- Liberty : 1-800-88-5005 / 8990
- Takaful Ikhlas : 1-800-88-1186
- Takaful Malaysia:1-800-888-788
Semoga ini dapat membantu mereka yang sedar gusar melihat kenderaan ditenggelami air.
Claim baik pulih kenderaan terlibat ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans/ takaful.
Apa-apa pun, pastikan ada Special Perils (flood) dlm existing cover note insurans / takaful, baru boleh claim.
Jika tidak ada ambil insurans yang cover Special Perils, anda boleh ikuti beberapa tips di bawah ini.
Baca juga:
- Tips Selamatkan Barangan Elektrik Yang Terkena Banjir
- Cara Semakan Info Banjir Terkini & Notis Jalan Ditutup
Tips Jika Kenderaan Masuk Air / Ditengelami Banjir
Tips bila kereta masuk air bagi yang tak ada insurans banjir:
- Jangan sekali-kali start enjin kereta korang
- Ini memang mengundang NAHAS kepada poket korang sebab lebih banyak lagi electrical parts akan short circuit sebab masih belum kering lagi.
- Yelah air kan konduktor elektrik yang sangat cemerlang. Jadi, banyak komponen mekanikal dalam enjin akan jahanam teruk jika distart waktu dalam enjin ada air banjir yang masuk ikut intake manifold.
- Terus buka hood kereta dan cabut kepala bateri
- Ini untuk elakkan kerosakan electrical parts lebih teruk
Sepatutnya kepala bateri dicabut SEBELUM kereta tenggelam banjir lagi. Tapi takpelah dah berlaku kan, cabut je lah. - Keluarkan terus bateri dari kereta pun bagus.
- Ini untuk elakkan kerosakan electrical parts lebih teruk
- Sila keringkan dulu kereta dan JANGAN SESEKALI START enjin ya.
- Biarkan kereta kering sendiri dan tow ke wokshop untuk repair bila dah settle semua hal lain (urusan banjir) nanti.
- Tak payah pasang bateri atau start enjin sehinggalah pomen sendiri yang pasang bila dah siap repair nanti.
InsyaAllah banyak parts yg boleh diselamatkan jika korang fokus keringkan semua benda dahulu.
Biarkan lumpur tu kering asalkan electrical parts (ECUs, Control Modules) yang mahal beribu-ribu tu masih boleh diguna lepas kering nanti.
*Anda juga boleh baca perkongsian wanita ini tentang pengalamannya membaiki kereta akibat banjir dengan kos hanya 1k!
https://www.facebook.com/TerengganuVoice/posts/4702478656511294
Semoga bermanfaat!