Residensi Prihatin: Permohonan Rumah Mampu Milik B40 Kuala Lumpur
Residensi Prihatin merupakan satu program perumahan mampu milik baharu yang membantu golongan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan memiliki rumah yang selesa dan berkualiti.
Jom tengok cara memohon dan syarat-syaratnya.
Apakah Residensi Prihatin?
Kementerian Wilayah Persekutuan sentiasa prihatin dengan keperluan perumahan di kalangan rakyat, lantas mengambil pendekatan proaktif dengan penyediaan rumah mampu milik yang bersasar mengikut kategori pendapatan.
Ini adalah selari dengan teras Kesejahteraan Sosial, WKB dalam mencapai matlamat Kerajaan menyediakan perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki bagi kelompok rakyat yang memerlukan.
Residensi Prihatin merupakan program Perumahan Mampu Milik dalam kategori kos sederhana rendah di
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
- Putrajaya dan
- Labuan.
Ia diperkenalkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah di Wilayah Persekutuan.
Pada masa ini, pelaksanaan pembangunan Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan memberikan fokus bagi kategori kos sederhana melalui Residensi Wilayah (RW) untuk golongan berpendapatan sederhana.
Baca juga: Residensi Wilayah: Daftar Rumah Mampu Milik KL, Putrajaya & Labuan
Program baharu Residensi Prihatin ini, merupakan pelengkap kepada program sedia ada dalam usaha Kerajaan untuk membantu golongan yang kurang kemampuan untuk memiliki tempat tinggal yang selesa.
Spesifikasi Rumah Residensi Prihatin
Residensi Prihatin adalah merujuk kepada Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM200,000 seunit dengan saiz rumah minima 750 kaki persegi.
Ia merupakan aset kediaman yang berkualiti yang disediakan untuk golongan belia yang ingin memiliki rumah pertama.
Spesifikasi umum rumah yang disediakan adalah seperti berikut:
- Keluasan minima 750 kp
- 3 bilik tidur 2 bilik air
- Dapur
- Ruang Tamu
- Ruang Makan
- Yard
- 1 tempat letak kereta berbumbung
- Dalam bentuk rumah berstrata.
Penetapan sasaran bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 2021 – 2024 adalah sebanyak 10,000 unit di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia. Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan
- Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
- Permohonan rumah pertama sahaja.
- Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun
- Pemohon hendaklah berdaftar di Portal https://residensiprihatin.kwp.gov.my
Cara Permohonan
Pemohon hendaklah berdaftar di
- SIla layari Portal https://residensiprihatin.kwp.gov.my
- Pemohon hendaklah mendaftar akaun dan selepas mendaftar, pemohon hendaklah melengkapkan profil peribadi terlebih dahulu sebelum memohon projek.
- Sekiranya anda telah memohon projek Residensi Wilayah (dahulunya di kenali RUMAWIP) anda tidak boleh lagi memohon projek Residensi Prihatin.
- Pemohon yang telah berdaftar dan memilih projek DIWAJIBKAN untuk memuatnaik dokumen sokongan dalam portal Residensi Prihatin.
Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:
Proses permohonan adalah seperti berikut:
Senarai Projek
Senarai projek boleh dilihat dalam senarai berikut: https://residensiprihatin.kwp.gov.my/projek
Semakan Status Permohonan
- Untuk semakan status permohonan semasa, pemohon boleh log masuk ke Portal RESIDENSI PRIHATIN.
- Keputusan permohonan sama ada Berjaya atau Tidak Berjaya atau Tidak Lengkap setelah disemak oleh Urus Setia akan diemel ke alamat emel pemohon.
Baca juga: Cara Mohon Rumah PPR Serendah RM35K, Sewaan RM124/ Sebulan
Maklumat Lanjut Tentang Residensi Prihatin
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:
Urus Setia RESIDENSI PRIHATIN
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.
Waktu Urusan : Isnin – Jumaat ( 8.30 pagi – 4.30 petang )
Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
Jumaat ( 12.00 tengahari – 2.45 petang)
Sabtu dan Ahad (Tutup)
Faks: 03-8889 7640
Emel: [email protected]