Cara Mohon Rumah PPR Serendah RM35K, Sewaan RM124/ Sebulan
Program Perumahan Rakyat atau Rumah PPR adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.
Tahu tak, harga rumah yang ditawarkan di bawah program ini adalah serendah RM35,000 manakala harga sewaan pula adalah serendah RM124 /sebulan bagi memastikan ia mampu dimiliki oleh semua golongan yang berpendapatan rendah.
Jadi, jom kita ambil tahu lebih lanjut tentang Program Perumahan Rakyat ini dan cara membuat permohonan.
2 Kategori Rumah PPR
Untuk makluman, Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.
PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu:
- PPR Disewa
- PPR Dimiliki
Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).
i) Rumah PPR Disewa
Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
ii) Rumah PPR Dimiliki
Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.
Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
Ciri-ciri PPR
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Baca juga: Rumah Mesra Rakyat SPNB: Syarat Kelayakan & Permohonan Baru 2020/2021
Senarai Projek PPR Terkini
Senarai Projek Rumah Sewa dan PPR Dimiliki yang terkini boleh dirujuk melalui senarai ini: SENARAI PROJEK PPR TEDUH KPKT
Syarat-Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
Cara Permohonan Online & Manual
i) Permohonan Online
Untuk memohon secara online, anda cuma perlu melakukan 7 langkah berikut:
- Daftar Akaun SPRN di pautan https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
- Log masuk dengan akaun yang didaftarkan.
- Pilih skim mengikut kelayakan.
- Lengkapkan maklumat pemohon.
- Pilih projek.
- Muatnaik dokumen sokongan.
- Buat pengesahan dan hantar permohonan.
Rujuk langkah bergambar di bawah:
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sebarang aduan/pertanyaan berkaitan Portal TEDUH dan Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) boleh dibuat melalui
- Emel : [email protected] Semakan Sistem Bank Data Perumahan
- Helpdesk : https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk
- Untuk Semak Senarai Projek PPR – https://teduh.kpkt.gov.my/project?scheme=PPR+DIMILIKI
- Rujukan Panduan Penuh Rujuk Teduh KPKT – https://teduh.kpkt.gov.my/…/Manual%20SPRN%202.0…
ii) Permohonan Manual
Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri / Lembaga Perumahan Negeri / Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat seperti di alamat berikut:
- PERLIS INDERA KAYANGAN
- KEDAH DARUL AMAN
- PULAU PINANG
- PERAK DARUL RIDZUAN
- SELANGOR DARUL EHSAN
- NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
- MELAKA
- JOHOR DARUL TAKZIM
- TERENGGANU DARUL IMAN
- KELANTAN DARUL NAIM
- PAHANG DARUL MAKMUR
- KUALA LUMPUR
- SABAH
- SARAWAK
- WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Nota: Prosedur permohonan, syarat kemasukan dan kaedah pemilihan adalah mengikut negeri masing-masing.
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan.
Pastikan semua dokumen adalah lengkap untuk memudahkan proses permohonan anda.
Baca juga: Contoh Surat Pengesahan Majikan Untuk Loan Bank, Beli Rumah & Urusan Rasmi
Maklumat Lanjut
Pertanyaan Program Skim PPR
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)
Bermula 22 Oktober 2020, sebarang aduan/pertanyaan berkaitan Portal TEDUH dan Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) boleh dibuat melalui emel ke [email protected] dan Borang Meja Bantuan secara atas talian di pautan https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk.
TEDUH merupakan inisiatif kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menyediakan saluran rasmi bagi maklumat perumahan kepada rakyat, agensi kerajaan, badan berkanun dan pemaju swasta.