in

eKasih 2022: Daftar / Semak Status Penerima Bantuan Kemiskinan Online

ADVERTISEMENT

Penerima bantuan sering dikaitkan dengan eKasih, namun tahukah anda apa itu sistem eKasih?

Ia merupakan satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. 

Sebenarnya eKasih ini bukanlah program bantuan, tetapi ia merupakan simpanan data.

Data yang dikumpulkan dalam sistem ini akan disalurkan kepada program bantuan pembasmian kemiskinan dan sebagainya.

Ini bermaksud, dengan adanya eKasih, semua agensi yang berkaitan dengan program pembasmian kemiskinan akan menggunakan maklumat dari sumber yang telah diproses, direkodkan dan disemak.

Maka, perancangan program pembasmian kemiskinan akan lebih tersusun dan pemantauan akan lebih berkesan.

ADVERTISEMENT

Jadi, bagaimana sistem ini berfungsi, apakah kelayakan dan bagaimana cara untuk mendaftar dalam sistem ini?

Jom kami kongsikan maklumat lanjut tentangnya.

Apakah eKasih?

eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

Portal dan data ini dibangunkan secara in-house oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007.

Bermula pada Jun 2008 sistem ini telah digunakan sepenuhnya.

 Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:

  • Semakan status kemiskinan secara online.
  • Penyelarasan maklumat bantuan.
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
  • Pengiraan status kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita.
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.

Baca juga:

Syarat Kelayakan eKasih

Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar.

Secara umumnya, kategori miskin ialah pendapatan ketua isi rumah (KIR) kurang daripada RM980 sebulan dan untuk miskin tegar pula mesti kurang daripada RM560 sebulan.

Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan bulanan semua ahli isi rumah dalam sesuatu tempat kediaman dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.

(*Sila rujuk rajah di bawah untuk kiraan yang lebih tepat untuk membuat anggaran kelayakan berdasarkan kategori dan lokasi pemohon).

ekasih
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA). / Sumber: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

Cara Pendaftaran

Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), Maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Keluarga atau individu yang layak boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat atau e-mel rasmi.

Orang awam juga boleh membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu butiran KIR dan AIR akan direkodkan dalam pendaftaran iaitu:

  • lokasi
  • kediaman
  • pendidikan
  • kemahiran
  • pekerjaan
  • harta
  • kesihatan
  • bantuan
  • pendapatan

NOTA:

*KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.

*AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.

Semakan Status Pendaftaran eKasih

Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Anda boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status eKasih.

Semakan eKasih secara online boleh dibuat melalui laman web berikut:

https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx

Terdapat 4 status daftar yang boleh disemak:

  1. Disahkan – Telah dibanci
  2. Disemak – Dalam proses banci
  3. Ditolak – Tidak layak dibanci
  4. Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru

Bantuan eKasih

Apa yang penting untuk kita faham, eKasih sebenarnya bukanlah program bantuan.

Sebaliknya, ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan  oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.

Data eKasih inilah yang akan digunakan oleh kementerian / agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Namun, terdapat banyak kelayakan berlainan untuk bantuan yang berlainan yang akan disemak sebelum diproses untuk penerimaan bantuan.

Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.

Selain eKasih, anda juga boleh membuat permohonan bantuan di Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM) melalui skim bantuan ini: 11 Skim Bantuan JKM: Cara Daftar, Semakan & Kemaskini Online

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pembangunan Negeri masing-masing di talian berikut:

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

ATAU

Ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.

Apakah e-Kasih?

e-Kasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu   merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

Adakah eKasih itu satu program bantuan Kerajaan?

eKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan  oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Bilakah eKasih diwujudkan? 

eKasih dibangunkan secara in-house oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bermula pada Jun 2008 sistem ini telah digunakan sepenuhnya.

Apakah yang dimaksudkan dengan PGK per kapita sesebuah isi rumah?

Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan bulanan semua ahli isi rumah dalam sesuatu tempat kediaman dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.

Siapakah yang boleh mendaftar dalam eKasih? 

Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar.

Bagaimana individu boleh mendaftar dalam eKasih? 

Individu/orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

 Apakah maklumat yang direkodkan dalam Sistem eKasih? 

Sembilan (9) komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu butiran KIR dan AIR, lokasi, kediaman, pendidikan, kemahiran dan pekerjaan, harta, kesihatan, bantuan dan pendapatan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR)? 

KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.

Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR)?

AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam Sistem eKasih? 

Anda boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Sekiranya nama telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah sebarang bantuan dapat disalurkan dan bila bantuan akan diberikan?

Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.
Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Bolehkah saya mendaftar saudara/rakan saya yang miskin/miskin tegar ke dalam Sistem eKasih?

Boleh sekiranya saudara/rakan anda berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

bantuan kanak-kanak jkm bkk 2022

Permohonan Bantuan Kanak-kanak & Keluarga (BKK JKM) RM1000

bantuan warga emas jkm

Permohonan Bantuan Warga Emas JKM RM500 Sebulan (2022)