in

Bayaran GKP Tambahan (PERMAI) Mulai 25 Mac 2021 – Tengku Zafrul

tarikh gkp permai tambahan
ADVERTISEMENT

Kenyataan Media – RM883 JUTA BAYARAN GKP TAMBAHAN KEPADA 900,000 PKS MIKRO DISALURKAN MULAI 25 MAC 2021⠀

Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 serta RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP.

GKP Tambahan ini bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro.⠀

Mengambil kira GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Tambahan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM3.58 bilion.

geran khas prihatin tambahan

Tarikh Bayaran GKP Tambahan (PERMAI) Mulai 25 Mac 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa semua PKS mikro yang telah diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac 2021 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta.

Baca juga: GKP 3.0 : Permohonan Bantuan RM1,000 (One Off) Mulai 1 April 2021

Jumlah Bantuan GKP Tambahan / GKP PERMAI

Amaun bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:

  • PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
  • PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500

Cara Semakan Status

Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my .

Kaedah Pembayaran

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my .

Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu
dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini.

Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan info terkini tentang permohonan dan semakan GKP PERMAI, sila rujuk kenyataan Menteri Kewangan di SINI

ATAU

Rujuk laman web Geran Khas Prihatin LHDN atau baca Soalan Lazim di https://gkp.hasil.gov.my/Download/Faq/(FAQ)GKPTambahan.pdf

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bantuan Hingga RM500,000 Jika Ada Kesan Sampingan Serius Vaksin COVID19

diskaun saman polis 2021 (1)

Diskaun Saman PDRM 50% Sempena Hari Polis Ke-214 (2021)