PEMERKASA PLUS: Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri

YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan ‘total lockdown’ melibatkan Fasa Pertama di seluruh Malaysia bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Susulan itu kerajaan mengumumkan pakej stimulus PEMERKASA PLUS bernilai RM40 bilion bagi rangsang ekonomi & bantu rakyat hadapi PKP 3.0.

Program bantuan PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus yang di umumkan Perdana Menteri sebentar tadi sebagai inisiatif terbaharu Kerajaan untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi, terutamanya ekoran pelaksanaan PKP pada masa ini.Intipati Perutusan Khas Bantuan PKP3.0.

Berikut disenaraikan intipati Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi:

  • Program Pemerkasa Plus bernilai RM 40 Bilion dgn Suntikan Fiskal Kerajaan bernilai RM 5 Bilion
  • RM 450 Juta diperuntukkan untuk peningkatan katil dan peralatan ICU di Hospital Kerajaan, Hospital IPTA serta Hospital Medan ATM dan Hospital Swasta
  • RM 550 Juta untuk pertambahan kos operasi dan pengurusan kesihatan utk pelbagai agensi antaranya kos pengoperasian pusat kuarantin.
  • Melanjutkan 14,000 pegawai kesihatan kontrak sehingga 2022. 500 pegawai kesihatan bersara akan diberi jawatan kontrak
  • Menjelang akhir Jun ini. Malaysia akan capai pemberian 150,000 dos vaksin sehari dgn peningkatan bekalan vaksinSetakat ini 80,000 dos vaksin diberi sehari
  • Aset kerajaan akan digerakkan utk memudahkan warga emas ke PPV
  • Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi akan dijalankan dan boleh melanjutkan moratorium pinjaman sehingga 12 Bulan.
  • Peruntukan 2.1 Bilion untuk penambahan Program Bantuan Prihatin Rakyat
    • Isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah: RM 500
    • Isi rumah berpendapatan RM 2,501 ke RM 5,000 : RM 300
    • Untuk mereka yang bujang akan mendapat bayaran tambahan RM 100.
  • Program Subsidi Upah akan dilanjutkan selama sebulan di bawah PERKESO akan diteruskan untuk sektor ekonomi terjejas
  • Portal pembelajaran E Latih percuma utk tingkatan pengetahuan dan kemahiran pekerja
  • Kadar Geran Khas Prihatin akan ditambah dari RM 500 ke RM 1,500
  • Peruntukan RM 1.5 Bilion disediakan BSN, Mara, SME CORP, Yapeim dan Tekun
  • Fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar disediakan Bank Negara Malaysia ditingkatkan dari RM 5 Bilion ke RM 7 Bilion.
  • Diskaun bil elektrik 10 peratus disediakan utk 6 sektor terjejas selama lagi 3 bulan dari Julai sehingga September 2021
  • Potongan khas sewa sekurang-kurangnya 30 peratus utk pemilik bangunan dan ruang perniagaan dilanjutkan lagi 6 Bulan
  • Lanjutan pengecualian cukai jualan SST Kenderaan penumpang CBU dan CBT import sehingga 31 Disember 2021
  • Pelajar IPT dapat kredit E Tunai RM 150 (eBelia)
  • Semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama 3 bulan dan semuanya akan dimasukkan ke dalam dana bantuan Covid 19

Berikut dikongsikan infografik bagi ringkasan intipati di atas:

Kadar Tambahan BPR 2021

Moratorium Automatik

B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi diberikan pilihan untuk mendapatkan moratorium automatik selama 3 bulan atau ansuran 50% selama tempoh 6 bulan

Skim Rehabilitasi Sewa Bas & Teksi

Program Subsidi Upah Dilanjutkan

Kadar GKP Ditambah Kepada RM1500

Info penuh & tarikh bayaran: PEMERKASA PLUS: Bayaran GKP Dinaikkan Kepada RM1,500

Bantuan Khas RM500 One-off Untuk Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Bas Sekolah, Bas Persiaran, e-Hailing & Pemandu Pelancong

Diskaun Bil Elektrik

Diskaun bil elektrik 10 peratus disediakan utk 6 sektor terjejas selama lagi 3 bulan dari Julai sehingga September 2021

Lanjutan Pengecualian Duti Setem Bagi Menggalakkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC)

Pengecualian SST Kenderaan

Lanjutan pengecualian cukai jualan SST Kenderaan penumpang CBU dan CBT import sehingga 31 Disember 2021

Peace Of Mind MARA

Pengecualian Bayaran Lewat Pembaharuan Lesen Perniagaan

Pembiayaan Mikro Kredit

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat penuh, sila rujuk :

TEKS UCAPAN PROGRAM STRATEGIK MEMPERKASA RAKYAT DAN EKONOMI TAMBAHAN (PEMERKASA+)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: