PEMERKASA PLUS: Bayaran GKP Dinaikkan Kepada RM1,500
YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan ‘total lockdown’ melibatkan Fasa Pertama di seluruh Malaysia bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
Susulan itu kerajaan mengumumkan pakej stimulus PEMERKASA PLUS bernilai RM40 bilion bagi rangsang ekonomi & bantu rakyat hadapi PKP 3.0.
Bagi PKS, anda bakal menerima GKP 3.0 sebanyak RM1500, iaitu kenaikan RM500 berbanding RM1,000 sebelum ini.
Semakan Kelulusan GKP 3.0 adalah di awal BULAN JUN 2021.
PKS yang layak akan menerima RM1,000 pada pertengahan Jun dan RM500 selebihnya akan disalurkan pada Julai.
Rujuk intipati Perutusan Perdana Menteri dan Pakej Bantuan Stimulus PEMERKASA PLUS : PEMERKASA PLUS: Senarai Bantuan Penuh & Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri