PEMULIH: 3 Kaedah Permohonan Moratorium Automatik – BNM
MORATORIUM automatik selama 6 bulan bermula Julai telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20 di bawah Pakej Bantuan PEMULIH hari ini.
Mulai 7 Julai, semua golongan peminjam boleh mendapatkan moratorium automatik ini di bank masing-masing.
Berikut dikongsikan maklumat selanjutnya.
Apakah Moratorium Automatik PEMULIH?
Moratorium 6 bulan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.
Menurut Perdana Menteri, tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.
Sebaliknya, para peminjam cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.
Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.
“Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan,” tambah beliau.
3 Cara Permohonan Moratorium Automatik PEMULIH
Terdapat 3 saluran untuk mendapatkannya dengan mudah dan cepat.
- Borang web
- E-mel
- Panggilan telefon
Tarikh Permohonan
Permohonan moratorium automatik ini akan dibuka pada 7 Julai 2021.
Bank Negara Malaysia juga telah membuat kenyataan khas berhubung perkara ini.
Sila pastikan anda mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat mulai tarikh yang dinyatakan, kerana pihak bank perlu membuat kemaskini serta perincian maklumat.
Kelulusan Adalah Automatik!
Peminjam individu yang layak* akan menerima pengesahan dalam tempoh 5 hari dan bagi peminjam PKS pula akan menerima pengesahan dalam tempoh 14 hari.
NOTA:
*Peminjam layak adalah peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran ansuran selama lebih 90 hari dan tidak menghadapi proses kebangkrapan atau penggulungan (winding up).
Pautan / Link Setiap Bank
- Maybank : https://www.maybank2u.com.my/
- Affin Bank : https://www.affinonline.com/bm/covid-19
- Bank Rakyat : https://www.bankrakyat.com.my/
- Bank Muamalat : https://www.muamalat.com.my/
- Bank Islam : https://www.bankislam.com/
- CIMB : https://www.cimb.com.my/
- BSN: https://www.bsn.com.my/
- Hong Leong Bank : https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/hlb-payment-relief-assistance-plan.html
- Public Bank : https://www.pbebank.com/
- Ambank : https://www.ambank.com.my/eng/repayment-assistance
- RHB : https://www.rhbgroup.com/en/TPA/
- HSBC : https://www.hsbc.com.my/
Sila rujuk di bank masing-masing untuk terma dan syarat yang lebih terperinci.
Maklumat Lanjut
Sila rujuk kepada bank masing-masing untuk membuat permohonan moratorium automatik PEMULIH ini mulai 7 Julai 2021.
Baca juga: