in

i-Citra KWSP : Pengeluaran Hingga RM5000. Mohon Dari 12 Julai 2021

icitra kwsp
ADVERTISEMENT

PEMULIH: Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran i-Citra sehingga RM5000. Pengeluaran RM1000 sebulan selama 5 bulan bermula Ogos.

“KWSP perkenal pengeluaran i-Citra, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.”

ADVERTISEMENT

– Perdana Menteri

Apakah Pengeluaran i-Citra KWSP?

Ahli KWSP boleh buat pengeluaran sehingga RM5,000. Pengeluaran RM1,000 sebulan selama 5 bulan bermula Ogos.Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP bermula 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021.

Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Syarat Permohonan i-Citra KWSP

Berikut dikongsikan info terkini yang telah dikemaskini oleh KWSP tentang i-Citra :

i-citra kwsp

Apakah Pengeluaran i-Citra KWSP?

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Syarat Kelayakan Memohon

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan

*Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Baca juga: PEMULIH: Bantuan Kewangan Khas COVID19 RM500 (BKC)

Amaun Pengeluaran i-Citra Yang Layak Dikeluarkan

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

NOTA:

  • Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.
  • Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)

Cara Semakan Baki KWSP

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

  1. i-Akaun (Ahli)
  2. Aplikasi mudah alih i-Akaun
  3. Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

Tarikh Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

Cara Permohonan

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021.

Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Tarikh Bayaran Diterima

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Maklumat Lanjut

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ini Respon Terkini Dari MEASAT Mengenai Ganguan Isyaratnya

intipati bantuan pemulih

PEMULIH: Intipati Senarai Bantuan Yang Diumum Untuk B40, M40, & T20