Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap | Bantuan Kemudahan Internet 2023

Internet adalah merupakan salah satu keperluan asas pada masa kini. Ia merupakan akses kepada dunia luar dan juga merupakan salah satu cara berhubung yang paling utama digunakan.

Oleh itu, langkah untuk memberi peluang kepada semua rakyat bagi menikmati kemudahan ini adalah sangat signifikan. 

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap

Dalam satu kenyataan media, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah melancarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap bagi membantu golongan B40, veteran, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas dengan harga lebih rendah.

Inisiatif itu yang selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan menurunkan kos sara hidup rakyat, menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had pada harga hanya RM69 sebulan.

Pakej ini akan mula ditawarkan pada Mac 2023 dengan kontrak langganan 24 bulan. Harga pakej ditawarkan 22 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi sama, iaitu sekitar RM89. Ini bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan RM480 sepanjang tempoh kontrak.

Secara tidak langsung, inisiatif ini dapat membantu usaha penting kerajaan dalam mengurangkan jurang digital antara rakyat Malaysia. 

Inisiatif ini bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malah petunjuk bahawa Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmatan mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat.

Harga Pakej Internet Jalur Lebar Tetap

Untuk pengetahuan anda, harga pakej yang ditawarkan adalah RM69/bulan dengan kontrak selama 24 bulan.

  1. Internet berkelajuan 30 Mbps
  2. Data tanpa had
  3. Boleh dilanggan bermula Mac 2023 ini
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap

Cara Melanggan

Untuk melanggan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap, sila rujuk pada syarikat penyedia perkhidmatan yang menjual pakej-pakej ini. 

Selain itu, pastikan anda  memeriksa terlebih dahulu syarikat manakah yang menyediakan liputan internet terbaik di persekitaran tempat tinggal anda. Kontrak langganan pakej ini didatangkan dengan 24 bulan (2 tahun) kontrak. 

Syarikat Penyedia Perkhidmatan

Inisiatif ini telah mendapat kerjasama daripada pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar sedia ada antaranya:

  1. Telekom Malaysia (TM)
  2. YTL
  3. CelcomDigi
  4. Maxis
  5. U Mobile
  6. Astro
  7. TIME Berhad

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap vs Pakej Internet Perpaduan Mudah Alih 

Kerajaan juga telah memperkenalkan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih selain Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap ini. Anda boleh rujuk perbezaannya di bawah:

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh rujuk Facebook Kementerian Komunikasi dan Digital

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: