Internet WiFi Asyik Putus Dan Slow, Ini Tips Dan Cara Penyelesaiannya!

Korang rasa geram tak? Bila tengah syok layan movie tiba-tiba internet WiFi terputus-putus atau perlahan! Terus rasa tak ada mood nak sambung tonton cerita tu walaupun movie tu seronok.

Lagi-lagi yang bekerja dari rumah memang perlukan penggunaan internet yang banyak. Bila internet WiFi asyik putus-putus dan not connection, nak buat kerja pun rasa terbantut dan stress.

Masalah internet WiFi kerap terputus dan perlahan, tidak semestinya berpunca daripada syarikat internet yang kita langgan.

Kemungkinan ia nya berpunca daripada kedudukan router WiFi itu sendiri.

Seperti gambar ini, kedudukan router yang bertindih tidak bagus untuk sistem putaran angin. Ini akan menyebabkan router menjadi cepat panas dan boleh menjadi punca masalah internet terputus.

Kedudukan router WiFi haruslah tidak bertindih dengan modem yang lain.

Anda juga boleh letak router WiFi anda seperti ini juga, untuk kitaran pengudaraan supaya tidak panas.

Anda boleh memasang kipas kecil disebelahnya bertujuan untuk menyejukkan router tersebut.

Boleh lihat video penuh dibawah, tentang cara mengatasi masalah internet yang perlahan an terputus-putus oleh Boss Adrian.

@bossadrian_derisogadget

Cubalah try ##tiktokmalaysia ##foryoupage ##gadgetstouse ##gadgetlover ##tiktokguru ##learnontiktok ##jombelajar ##wifihack ##wifitips ##gamingtips

♬ LALISA – 리사 (LISA)

Kredit: Tik Tok bossadrian

Boleh ikuti artikel menarik disini

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: