Wanita Sabah Ini Kongsi Panduan Yang Perlu Diikuti Semasa On Trek!

Bagi pencinta alam semulajadi, aktiviti jungle trekking adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan dan memberikan ketenangan kepada meraka. Ini kerana dengan mendekatkan diri dengan alam semulajadi, segala masalah di tempat kerja atau masalah lain akan hilang. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat menyihatkan tubuh badan serta dapat menikmati keindahan flora dan fauna.

Walau bagaimanapun mungkin ada segelintir individu yang menganggap aktiviti trekking ini sebagai keseronokan semata-mata sehingga tidak mempedulikan peraturan yang ditetapkan oleh pihak hutan. Ini boleh menyebabkan mereka tersesat daripada laluan trail dan akan mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Bagi individu yang masih baru dan mahu berjinak-jinak dengan dunia perhutaan, di sini ada beberapa tips yang boleh anda ikuti sesama on trek.

Seorang wanita dari Sabah telah berkongsi satu video tentang peraturan yang perlu diikuti semasa on trek di Tiktoknya

@p.sharon.j

Selamat berhujung minggu

♬ original sound – Karabaw Monster

Wanita ini menjelaskan bahawa tujuan laluan trek disediakan di dalam hutan dan mengapa pengunjung yang datang perlu mengikut trek yang telah disediakan adalah supaya mereka tidak tersasar dari laluan trek dan tersesat.

Disamping itu, wanita ini menjelaskan sepanjang laluan trail harus dibersihkan dan diluaskan cukup untuk pengunjung mendepakan tanpa menyentuh mana-mana tumbuhan.

Ini bertujuan agar pengunjung dapat mengelakkan daripada terkena daun-daun yang berduri, atau mengganggu haiwan berbisa yang berada ditumbuhan seperti ular dan tebuan.

Laluan trek yang dibersihkan dan luas untuk pengunjung
Pokok yang berduri
Tebuan kecil yang berada di pokok
Ular kapak yang duduk di atas dahan, tidak jauh dari trail

Perkongsiaan wanita ini sangat bermanfaat dan boleh dijadikan sebagai panduan untuk individu yang mengemari aktiviti semulajadi seperti jungle trekking.

Kredit: Tik Tok p.sharon.j

Inginkan lebih artikel menarik tekan disini

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: