Pentaksiran Setara Standard 2021 KPM (21 November – 3 Disember)

PENTAKSIRAN SETARA STANDARD 2021

Makluman terkini untuk para guru, ibu bapa / penjaga dan murid-murid.

Pentaksiran Setara Standard 2021 akan dijalankan di semua sekolah KPM bermula 21 November hingga 3 Disember 2021.

Ibu bapa / penjaga diingatkan supaya memberi kerjasama untuk menggalakkan anak-anak ke sekolah mengikut jadual penggiliran yang ditetapkan bagi nemastikan pentaksiran dapat dijalankan.

Berikut dikongsikan serba sedikit tentang Pentaksiran Stara Standard KPM untuk makluman bersama.

Pentaksiran Setara Standard KPM 2021

Apa Itu Pentaksiran Setara Standard?
Pentaksiran Setara Standard adalah pentaksiran sumatif yang dijalankan mengikut jadual spesifikasi (JSU) yang setara ditetapkan.

Tujuan Pentaksiran Setara Standard
Tujuan diadakan pentaksiran ini adalah untuk melihat tahap penguasaan murid Tahun 1 hingga Tahun 5 dalam semua mata pelajaran setelah melalui proses PdPR serta persekolahan secara penggiliran pada tahun 2021.

Hal ini membolehkan pihak merancang ‘catch up plan’ untuk murid apabila mereka kembali ke sekolah pada tahun 2022 (Penggal 3) sebelum melanjutkan pembelajaran ke peringkat seterusnya.


Siapa yang terlibat?
Semua murid sekolah dari tahun 1 hingga Tingkatan 4 akan terlibat.

Adakah semua sekolah terlibat?
Ya, semua sekolah di bawah KPM terlibat.

Bagaimana cara pelaksanaan?
Pihak sekolah akan menyediakan instrumen berdasarkan JSU dan item soalan yang disediakan oleh JPN / PPD. Sekolah diberi kebebasan untuk memilih mekanisme yang sesuai untuk sekolah masing-masing dengan memastikan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran.

Apa itu pentaksiran sumatif?
Pentaksiran sumatif ialah satu bentuk ujian formal bagi mengesan tahap pencapaian murid dalam satu tahap persekolahan. Dgn bahasa mudah, peperiksaan bertulis dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut kesesuaian.

Apa standard jadual spesifikasi ujian (JSU) yang digunakan?
Item soalan yang dibina haruslah mengikut justifikasi JSU iaitu merangkumi 5:3:2, dimana 5: aras rendah, 3: aras sederhana dan 2: aras tinggi.

Adakah soalan selaras untuk semua sekolah?
Sekolah diberi kebebasan untuk memilih mekanisma pentafsiran yang sesuai untuk sekolah masing-masing.

Adakah pentaksiran dijalankan untuk semua mata pelajaran?
Ya semua mata pelajaran teras dan elektif perlu membuat pentaksiran.

Bila tarikh pelaksanaan pentaksiran?
Bermula 21 November 2021 sehingga 3 Disember 2021.

Siapakah yang bertanggungjawab dalam menyediakan soalan dan menyemak jawapan murid?
Guru mata pelajaran bertanggungjawab dalam menyediakan soalan dan menyemak jawapan murid.

Adakah markah akan direkodkan dalam sistem?
Cara merekodkan markah bergantung kepada sekolah masing-masing. Setiausaha peperiksaan dalaman sekolah bertanggungjawab memastikan rekod markah pencapaian pentafsiran ini mudah diakses dan dianalisa.

Moga bermanfaat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: