UFPK – Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK) ~ Anda menerima panggilan untuk hadir ke Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK)? Tak tahu apa antara ujian yang perlu dilalui? 

Usah risau, jom baca perkongsian di bawah. Semoga dapat membantu anda. 

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK)

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK) adalah merupakan ujian saringan untuk individu yang memohon SPA.

Ujian ini perlu dihadiri oleh calon yang memohon jawatan dalam bidang keselamatan dan pertahanan awam. 

Ujian ini  melibatkan kecergasan fizikal, kesihatan tubuh badan termasuk pancaindera, dan sebagainya.

Ujian ini dijalankan untuk mengetahui tahap kesihatan dan kecergasan calon yang bakal berkhidmat sebagai penjawat awam terutamanya dalam badan beruniform. 

https://harianpost.my/ujian-ufpk/(opens in a new tab)

BACA JUGA: SPA9 – Cara Mohon Jawatan Kosong Kerajaan/Perkhidmatan Awam

Senarai Jawatan SPA Yang Perlu Ujian Fizikal & Pancaindera

1. Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

2. Pegawai Siasatan Gred P41

3. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

4. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

5. Pegawai Kesatria Gred S41

6. Penolong Pegawai Kesatria Gred S29

7. Pembantu Kesatria Gred S17

8. Pegawai Keselamatan Gred KP41

9. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29

10. Pembantu Keselamatan Gred KP17

11. Penguasa Penjara Gred KA41

12. Penolong Penguasa Penjara Gred KA29

13. Pegawai Penjara Gred KA19

14. Penguasa Bomba Gred KB41

15. Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

16. Pegawai Bomba Gred KB19

17. Penguasa Imigresen / Penolong Penguasa Imigresen(Skim Perkhidmatan Bersepadu)

18. Pegawai Imigresen Gred KP19

19. Leftenan Muda Maritim Gred T13

20. Bintara Muda Maritim Gred T5

21. Laskar Kelas II Maritim Gred T1

22. Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41

23. Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29

24. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19

Jenis-Jenis Ujian UFPK

Berikut ialah antara  jenis-jenis ujian yang akan dilaksanakan semasa Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK) dijalankan:

  • Ukur tinggi
  • Timbang berat
  • Ujian Indeks Jisim Tubuh (BMI)
  • Ukur dada (lelaki sahaja)
  • Ujian pendengaran
  • Ujian penglihatan
  • Ujian pengecaman warna
  • Pemeriksaan tubuh badan
  • Gaya berjalan dan berkawad
  • Ujian kecergasan (lompat jauh berdiri, lari ulang alik 4×10 meter, larian 2.4km, bangun tubi)

BACA JUGA: PISMP 2023 – Permohonan Ambilan Kedua, Syarat Kelayakan & Tarikh Penting

Syarat Lulus Ujian Kecergasan Fizikal 

1. Larian 2.4 km; 

  • Lelaki – 14 minit
  • Wanita – 17 minit

2. Bangun Tubi Dalam Masa 2 Minit;

  • Lelaki – 30 kali
  • Wanita – 28 kali

3. Lari Ulang Alik (4 x 10 meter);

  • Lelaki – 11 saat
  • Wanita – 13 saat

4. Lompat Jauh Berdiri;

  • Lelaki – 215 sentimeter
  • Wanita – 162 sentimeter

Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Semasa Menghadiri UFPK

1. Dokumen dan kelengkapan

Pastikan anda membawa:

  • Surat panggilan yang telah dicetak atau muat turun siap-siap surat panggilan tersebut secara digital untuk ditunjukkan semasa pendaftaran. 
  • Kad pengenalan 
  • Kit kendiri ujian COVID19
  • Sarung tangan
  • Pelitup muka

NOTA: Anda tidak perlu membawa apa-apa sijil akademik seperti sijil ijazah dan sebagainya. Surat sokongan majikan/politik atau dalaman jabatan dan resume juga TIDAK PERLU DIBAWA. 

2. Etika pemakaian

Calon diwajibkan berpakaian sukan  yang sesuai. Pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan. 

3. Masa

Pastikan anda berada di pusat pemeriksaan fizikal lima belas (15) minit sebelum ujian dijalankan.

Panduan Menjalani Ujian UFPK

1. Ujian ukur tinggi

Semasa ujian dijalankan, calon perlu tanggalkan kasut, stokin, barang berharga seperti jam dan dompet serta mengosongkan poket. Kemudian, lipat kaki seluar hingga paras lutut bagi lelaki dan paras buku lali bagi wanita.

Pastikan kaki anda berbentuk V dan rapatkan badan ke dinding sambil berdiri tegak serta pandang hadapan apabila penguji mengambil bacaan. 

2. Ujian penglihatan dan pengecaman warna

Calon akan diuji menggunakan sebuah carta dan buku warna. Ujian ini akan dijalankan tanpa menggunakan sebarang alat bantuan penglihatan seperti kacamata, kanta lekap dan sebagainya. 

UFPK - Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan

3. Lain-lain

Pastikan anda ikut arahan yang diberikan oleh penguji semasa menjalani ujian yang ditetapkan. 

Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila rujuk laamn web rasmi SPA melalui pautan berikut: https://www.spa.gov.my/spa/panduan/peperiksaan/pemeriksaan-fizikal-dan-pancaindera 

Anda juga boleh ikuti akaun TikTok SPA Malaysia Official untuk dapatkan info terkini berkaitan SPA. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: