Rekalibrasi Tenaga Kerja 2023 (RTK 2.0)

PROGRAM REKALIBRASI TENAGA KERJA 2023 (RTK 2.0)

Majikan boleh membuat permohonan untuk mendaftar pekerja asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 bermula 27 Januari ini.

Program yang tamat pada 31 Disember lepas itu disambung semula sehingga hujung tahun ini bagi memenuhi keperluan tenaga kerja asing.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud bekata lapan sektor dan subsektor terlibat terdiri daripada sektor perkilangan, pembinaan, perlombongan dan kuari serta pengawal keselamatan.

Selain itu, sektor perkhidmatan, pertanian, dan perladangan turut dibenarkan termasuk satu sektor baru yang ditambah iaitu sektor pembantu rumah asing.

Khairul Dzaimee turut mengingatkan majikan untuk berurusan terus dengan pihak imigresen kerana tiada orang tengah atau pihak lain yang dilantik untuk melaksanakan program tersebut.

Justeru, pihaknya akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang didapati menjalankan aktiviti dan kegiatan berkaitan pelaksanaan program tersebut.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program RTK 2.0 ini.

Apakah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2023 (RTK 2.0)?

Program ini merupakan suatu program khas untuk meregularisasikan PATI di negara ini sebagai pekerja asing yang sah digajikan oleh majikan yang layak tertakluk kepada syarat-syarat ketat yang diputuskan oleh Kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Syarat Kelayakan Majikan / PATI

KELAYAKAN MAJIKAN

  1. Hanya majikan yang sah daripada sektor Perkilangan, Pembinaan, Pertanian, Perladangan, Perlombongan & Pengkuarian, Penagwal Keselamatan (warganegara Nepal (lelaki), Pembantu Rumah Asing (PRA) dan Perkhidmatan.
  2. Sub Sektor Perkhidmatan seperti – Restoran, Pembersihan & Pencucian, Borong & Runcit, Pengendalian Kargo, SPA, Refleksologi, Kedi (lelaki), Hotel, Resort di Pulau Peranginan, Dobi, Logam / Barang Lusuh dan Gudang Darat.
  3. Sektor Beku adalah – Perniagaan Tekstil, Tukang Emas, Tukang Gunting Rambut, Rumah Kebajikan dan Kitar Semula
  4. Tertakluk kepada kuota yang diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk Pengawal Keselamatan.
  5. Pematuhan kepada syarat-syarat penggajian pekerja asing sedia ada weperti warganegara, jantina, had umur, bayaran levi, kelayakan pas dan sebagainya.
  6. Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam
  7. Tidak diisytiharkan muflis dan mempunyai kes yang belum selesai dengan JIM

KELAYAKAN PATI

  1. Hanya 15 negara sumber sahaja untuk lain-lain sektor iaitu Indonesia, Bangladesh, Thailand, India, Filipina, Kemboja, Laos, Nepal, Myanmar, Sri Lanka, Vietnam, Pakistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Kazakhstan.
  2. Hanya 9 negara sumber sahaja untuk Pembantu Rumah Asing (PRA) iaitu Thailand, Kemboja, Nepal, Laos, Vietnam, Filipina, Sri Lanka, India dan Indonesia.
  3. Pendaftaran PRA melalui Portal RTK 2.0 akan dimaklumkan kemudian.
  4. PATI yang telah melakukan kesalahan pada atau sebelum 31 Disember di bawah:
    • Seksyen 6(1)(c) iaitu masuk dan tinggal di negara ini tanpa mempunyai pas yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63
    • Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63
    • Peraturan 39(b) iaitu melanggar syarat pas di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online melalui Portal Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 di pautan https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main

Soalan-Soalan Lazim Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2023 (RTK 2.0)

rekalibrasi tenaga kerja 2023 rtk 2.0
Majikan boleh membuat permohonan untuk mendaftar pekerja asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 bermula 27 Januari ini.
Majikan boleh membuat permohonan untuk mendaftar pekerja asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 bermula 27 Januari ini.

Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Facebook: Jabatan Imigresen Malaysia https://www.facebook.com/imigresen
Telegram: Jabatan Imigresen Malaysia https://t.me/imigresen
Twitter: imigresenmy https://twitter.com/imigresenmy
Tik Tok: imigresenmy https://tiktok.com/@imigresenmy
Instagram: Imigresen https://instagram.com/imigresen
YouTube: Imigresen TV https://youtube.com/c/imigresentv
Portal: Jabatan Imigresen Malaysia https://www.imi.gov.my

BACA JUGA:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: