MySPR Semak : Semakan Pusat Mengundi 2022 (PRU15)

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR & PENDAFTARAN MYSPR

Nama warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas telah dimasukkan ke dalam senarai terkini yang telah diwartakan dan berhak mengundi dalam pilihan raya yang akan datang.

Pendaftaran anda boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:

  • Secara online di Portal SPR
  • Aplikasi mudah alih MySPR Semak;
  • Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri; atau Hotline SPR.

Jom ikuti langkah semakan MySPR selanjutnya.

Cara Semakan Pengundi Online Melalui MySPR

Untuk membuat semakan pengundi online melalui portal MySPR, anda boleh ikuti langkah berikut:

  1. Laman web rasmi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
  2. Laman web rasmi MySPRSemak
  3. Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri

APLIKASI MYSPR SEMAK

Untuk semakan daftar pemilih di Portal MySPR SEMAK, sila ikuti langkah berikut:

i) PORTAL MYSPR SEMAK

  1. Layari portal https://mrsprsemak.spr.gov.my
  2. Tekan pilihan [Semakan Daftar Pemilih]
  3. Isikan nombor Kad Pengenalan 12 Angka.
  4. Semak Maklumat Peribadi dan Kawasan Pendaftaran anda.

ii) APLIKASI MYSPR SEMAK

  1. Muat turun aplikasi MySPR SEMAK
  2. Tekan pilihan [Semakan Daftar Pemilih]
  3. Isikan Nombor kad pengenalan 12 angka
  4. Semak Maklumat Peribadi dan Kawasan Pendaftaran anda.

Contoh maklumat yang akan dipaparkan:

Baca juga: Jadual Piala Dunia 2022 Qatar & Tarikh Perlawanan

Jom semak Pusat Mengundi, Saluran Mengundi, Nombor bilangan mengundi anda di laman web MySPR : https://mrsprsemak.spr.gov.my

Cara Daftar Pengundi Baru Online Di MySPR

Jika anda belum berdaftar dan ingin mendaftar sebagai pengundi baru, sila ikuti langkah mudah berikut:

  1. Layari http://www.spr.gov.my.
  2. Tekan butang MYSPR DAFTAR.
  3. Tekan butang PERMOHONAN AKAUN BARU.
  4. Isikan maklumat lengkap dalam BORANG PERMOHONAN AKAUN PENGGUNA.
  5. MUATNAIK gambar kad pengenalan dan swafoto bersama kad pengenalan (rujuk gambar yang disediakan untuk contoh).
  6. Masukkan Captcha dan tekan butang HANTAR.
  7. Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
  8. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam peti spam.
  9. Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu emel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftar mengikut waktu yang telah ditetapkan.
  10. Klik link pengaktifan yang diberikan. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.
  11. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan yang didaftarkan sebelum ini dan tekan butang MOHON TAC.
  12. Masukkan No. TAC yang dihantar ke telefon bimbit dan tekan butang HANTAR.
  13. Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan.
  14. Log masuk menggunakan maklumat yang telah anda daftarkan.
  15. Klik menu STATUS SAYA.
  16. Tekan butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)
  17. Isikan maklumat dalam Borang A (Pendaftaran Baru)
  18. Setelah selesai, tekan butang HANTAR.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai pameran RDPT ST3/2020 boleh menghubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018

atau

mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri (Rujuk senarai pejabat SPR Negeri di pautan INI)

atau

melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: