Jadual Piala Dunia 2022 Qatar & Tarikh Perlawanan

jadual perlawanan piala dunia 2022

Jadual Piala Dunia 2022 Qatar & Tarikh Perlawanan

Tentu ramai dah teruja untuk menyaksikan Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung pada November ini!

Tahukah anda, Piala Dunia FIFA kali ke-22 ini menjadi Piala Dunia pertama yang akan diadakan di Dunia Arab dan yang pertama di negara majoriti Muslim.

Selain itu, ia menjadi Piala Dunia kedua yang diadakan sepenuhnya di Asia selepas kejohanan 2002 di Korea Selatan dan Jepun.

Di samping itu, kejohanan ini akan menjadi yang terakhir untuk melibatkan 32 pasukan, dengan peningkatan kepada 48 pasukan yang dijadualkan pada kejohanan 2026.

Senarai Juara Piala Dunia 1930-2018

Untuk makluman, juara Piala Dunia pada kejohanan sebelum ini, iaitu tahun 2018 adalah Perancis, manakala negara yang paling banyak kali menjulang Piala Dunia adalah Brazil (5 kali), Jerman (4 kali) dan Itali (4 kali).

1930: Uruguay 
1934: Itali 
1938: Itali
1950: Uruguay 
1954: Jerman Barat
1958: Brazil 
1962: Brazil 
1966: England
1970: Brazil 
1974: Jerman Barat 
1978: Argentina 
1982: Itali 
1986: Argentina
1990: Jerman Barat 
1994: Brazil
1998: Perancis 
2002: Brazil 
2006: Itali
2010: Sepanyol 
2014: Jerman 
2018: Perancis

blank

Pembahagian Kumpulan

SENARAI PASUKAN

Kumpulan A

  • Qatar
  • Ecuador
  • Senegal
  • Netherlands

Kumpulan B

  • England
  • Iran
  • USA
  • Wales

Kumpulan C

  • Argentina
  • Saudi Arabia
  • Mexico
  • Poland

Kumpulan D

  • France
  • Denmark
  • Tunisia
  • Australia

Kumpulan E

  • Spain
  • Germany
  • Jepun
  • Costa Rica

Kumpulan F

  • Belgium
  • Canada
  • Morocco
  • Croatia

Kumpulan G

  • Brazil
  • Serbia
  • Switzerland
  • Cameroon

Kumpulan H

  • Portugal
  • Ghana
  • Uruguay
  • Korea Selatan
blank

Tarikh & Jadual Perlawanan

Perlawanan akan bermula pada 20 November hingga 18 Disember 2022

Tuan rumah, Qatar sekarang ini akan menjadi perlawanan pembukaan menentang Ecuador pada Ahad 20 November di Stadium Al Bayt sekali gus menjadi aksi tunggal untuk hari bersejarah berkenaan.

blank
Rujuk jadual LIVE UPDATE FIFA WORLD CUP 2022 QATAR

Siaran Langsung Piala Dunia 2022 LIVE (Waktu Malaysia)

Siaran langung dan Live Stream FIFA WORLD CUP 2022 boleh ditonton melalui tv online di saluran RTM & TV Okey

PAUTAN LIVE STREAMING

Baca juga :