Zipline Taman Tasik Shah Alam : Harga Tiket Terkini & Waktu Operasi
Seronoknya! Zipline Shah Alam, juga zipline awam pertama di Malaysia telah diperkenalkan di bawah PBT MBSA, dengan kepanjangan 240 meter merentasi tasik.
Terletak di Taman Tasik Shah Alam, difahamkan tarikan terbaru ini menggunakan sistem braking tercanggih dan terkini di dunia yang diimport dari USA.
Dirasmikan pada 28 Mac yang lalu oleh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, baginda berkenan mencuba Zip Line Shah Alam atau ‘Flying Fox’ ini sendiri ketika berangkat tiba ke Majlis Perasmian Zip Line Shah Alam dan Laman Budaya Musical Fountain di Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam.
Harga Aktiviti & Waktu Operasi Zipline Shah Alam
Ketika perasmian Zipline tempoh hari, penduduk Selangor boleh merasai sendiri pengalaman mencuba Zip Line Shah Alam ini pada 1 April hingga 4 April setelah dibuka kepada orang awam secara percuma.
Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari juga melakukan aktiviti ‘flying fox’ di laluan Zip Line Shah Alam ini yang dibina sepanjang 240 meter merentasi tasik.
Selain itu, satu lagi tarikan terbaharu di Taman Tasik Shah Alam ialah air pancut berirama di Laman Budaya Musical Fountain.
Air pancut berirama ini akan mula beroperasi 2 April ini pada waktu malam setiap hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan malam cuti umum.
Berikut disertakan sekali maklumat berkaitan aktiviti Zipline di Taman Tasik Shah Alam untuk rujukan anda.
Lokasi
Harga Tiket & Waktu Operasi
Berita baik kepada orang ramai yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar. Zipline Shah Alam akan kembali beroperasi pada 11 September 2021 (Sabtu).
Peringatan kepada individu yang menggunakan kemudahan zipline perlu lengkap divaksinasi dan mematuhi SOP Am sektor sukan dan rekreasi. Sekiranya anak-anak dibawa bersama pastikan SOP dipatuhi dan pihak MBSA tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.
Berikut merupakan waktu operasi dan harga tiket Zip Line Shah Alam yang akan dikenakan kepada pengunjung.
WAKTU OPERASI
- Isnin – Jumaat : 10 pagi – 6.30 petang
- Sabtu / Ahad : 8.30 pagi – 6.30 petang
HARGA TIKET
- Kanak-kanak : RM10
- Remaja : RM20
- Pelajar (17 tahun ke bawah) : RM10
- Dewasa (Warganegara) : RM25
- Dewasa (Bukan Warganegara) : RM40
Baca juga: Senarai Homestay Di Selangor / KL / Putrajaya Dengan Private Pool (Terkini)
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila rujuk Majlis Bandaraya Shah Alam di saluran berikut:
- Laman web rasmi: http://www.mbsa.gov.my
- Facebook MBSA: https://www.facebook.com/shahalamcitycouncil/