Senarai Homestay Di Selangor / KL / Putrajaya Dengan Private Pool (Terkini)

30 PILIHAN HOMESTAY / INAP DESA DI SELANGOR, KL & PUTRAJAYA DENGAN PRIVATE POOL (SENARAI TERKINI)

Sempena peralihan Selangor/ KL / Putrajaya ke Fasa 2 PPN, ramai yang dah tak sabar nak pergi bercuti.

Tapi bagi yang ada anak kecil mungkin lebih sukakan tempat percutian yang kurang sesak seperti homestay / private villa bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak.

Jadi, di sini kami kongsikan senarai terkini (updated list) homestay di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang boleh anda tempah dan kunjungi bersama keluarga. Ada yang serendah RM250 saja untuk 1 malam!

Yang penting patuhi SOP ya!

Senarai Terkini Homestay Di Selangor / KL / Putrajaya Dengan Private Pool

1. Nouri Glass Villa

homestay selangor private pool
homestay selangor private pool

Dilengkapi 7 bilik tidur, 8 bilik mandi, kolam renang, 1 jakuzi, 2 sungai alam, WiFi, dapur lengkap, dan set BBQ.

Vila ini dilengkapi dengan sambungan WIFI, berhawa dingin sepenuhnya.

Terdapat juga teres yang menghadap ke taman dengan meja dan 6 kerusi, sesuai untuk makan siang

Di taman juga terdapat Guest House yang lain dengan 3 bilik tidur.

Satu bilik tidur mempunyai katil bersaiz King dan 2 bilik tidur lagi mempunyai tempat tidur bersaiz Queen.
Rumah tamu ini dilengkapi dengan dapur kecil dan bilik mandi dengan pancuran mandian terpasang.

Kemudahan BBQ disediakan atas permintaan.

2. d’Hafiz Harmony Homestay

homestay selangor private pool
homestay selangor private pool

d’Hafiz Harmony Homestay Sabak Bernam

Di dalam kebun sawit – harmoni,tenang dan damai.

Kedudukan di tengah-tengah antara pekan Sg Besar dan Sabak Bernam ( +- 10 minit )

Berdekatan Pantai BNO( terkenal dengan mi / nasi goreng udang , Politeknik, MRSM, Mits Bagan Terap (+- 15 minit )

Restoran berdekatan.

Kolam renang privasi ( ambil pakej 1,2,3 )

Set BBQ ,dapur luar dan dalam ( rumah keluarga )

Banyak tempat memancing kolam, parit dan taliair sawah.

Yang paling penting hilang stress kota/kerja.

1 rumah keluarga – 2 bilik ( RM 250 sebuah )
2 rumah berkembar – studio ( RM 120 sebuah )
1 rumah berkembar – 1 bilik ( RM 120 sebuah )

Tawaran istimewa (Harga untuk 1 malam)

  • Pakej 1
    • 1 rumah keluarga + 2 rumah studio + 2 rumah 1 bilik ( RM 700 )
    • Kolam renang privasi
  • Pakej 2
    • 1 rumah keluarga + 2 rumah studio + 1 rumah 1 bilik ( RM 600)
    • Kolam renang privasi
  • Pakej 3
    • 1 rumah keluarga + 1 rumah studio + 2:rumah 1 bilik ( RM 600 )
    • Kolam renang privasi
  • Pakej 4
    • 2 rumah studio + 2 rumah 1 bilik ( RM 460 )
  • Pakej 5
    • 1 rumah keluarga + 1 rumah studio + 1 rumah 1 bilik ( RM 470 )

Check in. : 2.30 petang
Cheak out: 12.30 tengah hari.

3. Aqilee Agro Farm Resort

Ingin merasai kelainan untuk percutian Bersama Keluarga. Mahukan suasana kampung yang tenang? Aqillee agro farm resort is the best choice yang anda boleh lawati.

Dengan keluasan 2.5 ekar disertakan dengan pelbagai ternakan seperti rusa, lembu sado,kambing,arnab, burung merak, ikan dan banyak lagi Resort ini mampu menawarkan kepuasan percutian kepada anda sekeluarga.

Anda juga berpeluang untuk mengutip ulam-ulaman dan juga buah-Buahan( musim buah)

homestay selangor private pool

Lokasinya terletak di Hulu Langat Selangor yang berhampiran dengan :

  • Air terjun sungai gabai
  • Lubuk Manggis
  • Kolam Air Panas Sungai Serai
  • Gerai buah-buahan

Terdapat 1 Villa dan 1 Rumah Kampung dalam kawasan ini yang boleh ditempah mengikut kapasiti keluarga.

PERMAINAN / aktiviti yang disediakan:

  • Kolam renang
  • memancing Ikan (Rm 10 1kg)
  • Free ikan 4kg utk bbq
  • aktiviti berkayak
  • aktiviti berbasikal
  • Ping-pong
  • Badminton
  • Congkak
  • Billiards Snooker
  • carrom

Untuk maklumat lanjut, boleh call/whatsapps ;

4. D’Merbau Homestay

homestay selangor private pool
homestay selangor private pool

Homestay di Sg. Buloh yang ada:

  • 4 buah rumah (landed & fully aircond) terletak di bawah satu bumbung yang mempunyai 6 buah bilik. Keempat- empat rumah ini ‘interconnected’ diantara satu sama lain samada di sebelah dalam atau melalui pintu dapur di belakang.
  • Sebuah rumah yg mempunyai 4 buah bilik roomstay (jumlah bilik kesemuanya ialah 10 buah).
  • Sebuah pantri yg lengkap dgn peralatan memasak terletak di sblh hujung rumah roomstay
  • Private swimming pool berbayar
  • Bangunan gazebo lengkap dengan set bbq dan set kerusi meja.
  • Mini dewan – untuk private functions/events (parti harijadi, hari klga, allumni dll…)
  • Set BBQ
  • Set kerusi meja
  • 3 buah laman kahwin berbeza saiz utk kegunaan majlis kahwin skala sederhana atau besar-besaran
  • Kawasan yg luas untuk pakir.

Sila hubungi:

5. Homestay Inap Desa Pinggiran Putra

homestay selangor private pool
homestay selangor private pool

Homestay Inap Desa di Desa Pingggiran Putra berhampiran Putrajaya.

Homestay mesra kanak-kanak dengan kolam renang peribadi (private pool) dan bbq pit untuk riadah seisi keluarga.
Sesuai untuk family day, family gathering atau family dinner.

5km ke Putrajaya International Convention Centre (PICC), 3km ke Alamanda.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik link dibawah

6. D Bridge Villa Putrajaya

D’Bridge Villa Putrajaya adalah banglo mewah 3 tingkat yang dilengkapi dengan kemudahan kolam renang (private pool).

Villa ini menghadap pemandangan indah di tepi tasik di mana anda dan keluarga boleh berehat dan menenangkan minda, jauh dari hiruk pikuk kota.

Baca juga: 7 Restoran Makanan Cina HALAL Di KL Yang Anda Wajib Cuba

homestay selangor private pool

Maklumat lanjut:

7. Anjung Dahlia, Banting

Homestay Anjung Villa, Banting, Selangor dengan private pool.

Bestkan lepak homestay di kampung yang tenang dan aman sambil layan bunyi burung berkicauaan.

Sejuk mata memandang kehijauan pokok dan ukiran kayu disetiap sisi yang sangat instagrammable.

Anak-anak paling suka dengan swimming pool. Bukak pintu bilik terus terjunn.. seronok betul kan tengok anak-anak riang gembira.

Kalau keluarga dan anak-anak dah rindukan suasana kampung yang macam ni, jom bawak diorang bercuti di Anjung Dahlia.

Lokasi : Anjung DahliaLot 3887, Jln Dahlia,Kg. Sg. Kelambu,42700 Banting,Selangor.

8. Telaga House

Telaga House menyediakan penginapan 6 bilik, 5 bilik air dan private swimming pool yang selesa untuk seisi keluarga.

Villa ini khas untuk Muslim dan terletak di Kajang, Selangor.

Harga dari RM400 – RM1100 bergantung kepada pilihan bilik dan tarikh.

9. Villa De Zalira

Bahagian Outdoor Villa ini dilengkapi dengan pool besar dewasa dan kanak kanak (ada waterfall mushroom dan landscape seperti sunway lagoon).

Backyard besar, ada outside kitchen dan dining. Dua tandas serta shower untuk mandi dan sebagainya. Kolam ikan yang sangat cantik untuk shoot gambar keluarga.

Pengunjung di Villa dé Zalira boleh membuat beberapa pilihan seperti berikut:

10. Casa Ombak Villa, Pantai Remis Jeram

Homestay Casa Ombak Villa, Selangor dengan private pool.

Villa penginapan ala kampung untuk percutian privasi bersama keluarga di kawasan kampung mengadap laut di Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor.

Penginapan privasi, selesa jauh kesibukan bandaraya. Full villa homestay boleh memuatkan maksimum 15 orang.

Dengan lokasinya yang strategik di sebelah Pantai Remis dan dalam bandar bersejarah dan pesisir kecil Kuala Selangor, ia mudah diakses melalui Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) atau Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE). Peluang terbaik lari dari hustle and bustle kuala lumpur yang sesak….dijamin percutian yang Tenang dan Santai

Fasiliti di Homestay

  1. 5 bilik (3 dalam villa, 2 luar mengadap swimming pool) maksimum 20 orang.
  2. Kemudahan Dapur yang lengkap
  3. Swimming pool
  4. BBQ Set
  5. Ruang tamu yang luas dan selesa
  6. Astro
  7. Car Park yang besar
  8. Mengadap laut Pantai Remis
  9. Dekat dengan Restoran Seafood Aroma Ikan Bakar
  10. Dekat dengan pasar pantai remis boleh beli seafood fresh dari laut.

Untuk tempahan / maklumat lanjut:

20 Lagi Homestay Menarik Di Selangor

Di Selangor sahaja ada banyak staycation menarik dikelilingi hutan hijau dan air sungai yang nyaman mengalir tenang.

Terutamanya daerah Hulu Selangor yang banyak air terjun dan sungai yang boleh kita kunjungi.

Jom check out beberapa lagi homestay ni:

  1. Tasik Kebun Serendah
  2. Sekeping Retreats, Serendah
  3. The Sticks Guide, Kuala Kubu Bharu (KKB)
  4. Sarang by the Brook, KKB
  5. Pulaithree, KKB
  6. Woodhouse Retreat KKB
  7. Rumah Hutan Bonda Rozita, Batang Kali
  8. Ratu Rening Residency, Batang Kali
  9. Eco Murai Rimba, Batang Kali
  10. Carpe Diem Orchard Home Serendah
  11. The Nahara, Kalumpang
  12. Adelia Hill Farm, Kalumpang
  13. Dusun Bonda Hulu Tamu, Batang Kali
  14. selarulofthouse, Serendah
  15. Hide Away In Nature, Batang Kali (find on Airbnb)
  16. Serendah River Retreat
  17. 82rening, Batang Kali
  18. Hoho Farmstay, Ulu Yam Lama (find on Airbnb)
  19. Huda’s Haven, Ulu Rening, Batang Kali
  20. Desa Kaloi Farmhouse, Batang Kali
  21. Rimbunan Chalet Ulu Yam Sg Sendat
  22. Dusuntara Jungle Resort, Batang Kali

(Nota: Private pool ada yang ada, ada yang tak ada. So, double check dulu dengan setiap homestay ya).

Semoga kita semua dapat bercuti di destinasi impian kita satu hari nanti. Stay safe and stay strong, everyone!

Baca juga : Senarai Homestay Port Dickson Dengan Private Pool (TERKINI)

Jangan Lupa Patuhi SOP OK!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi homestay masing-masing dan jangan lupa pastikan SOP tetap dipatuhi walaupun beberapa kelonggaran telah diberikan ya.

Jika ada yang ingin maklumkan lagi lokasi homestay atau inap desa untuk dimasukkan ke dalam senarai homestay di Selangor , KL, atau Putrajaya dengan private pool untuk disenaraikan dalam artikel ini, boleh tinggalkan info di ruang komen di Facebook Page Pakej Percutian.

Semoga posting ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mencari tempat percutian yang sesuai untuk keluarga.

Baca juga: Wajib Cuba! Ini 6 Restoran Makanan Korea Popular Di Lembah Klang

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: