Zoo Taiping & Night Safari: Harga Tiket, Waktu Operasi Terkini

HARGA TIKET ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI TERKINI

Zoo adalah antara pilihan tempat yang menarik untuk ibu ayah mengajak anak-anak bersantai dan meluangkan masa cuti bersama keluarga.

Zoo Taiping merupakan salah satu Zoo yang terkenal di Malaysia dan sering menjadi destinasi pilihan terutamanya setiap kali musim cuti sekolah.

Night Safari Taiping adalah satu produk pelancongan unik yang mempamerkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dengan menggunakan lampu-lampu khas yang seakan-akan cahaya bulan.

Pengunjung dapat menghayati sepenuhnya pengalaman in, pengunjung dikehendaki meminimakan bunyi-bunyi atau suara supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan ini serta tidak mengganggu ketenteraman di Night Safari.

Jom kami kongsikan info terkini tentang harga tiket masuk ke Zoo Taiping dan waktu operasi terkini serta aktiviti yang ditawarkan di sini.

zoo taiping

Harga Tiket Zoo Taiping

Harga Tiket Masuk ke Zoo Taiping adalah seperti berikut:

  • Dewasa: RM16.00
  • Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun : RM8.00
  • Warga Emas (60 tahun dan ke atas) : RM8.00

Waktu operasi:

  • Dibuka setiap hari termasuk Ahad dan Cuti Umum (dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang)

Harga Tiket Masuk ke Night Safari pula adalah seperti berikut:

  • Dewasa: RM20.00
  • Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun : RM10.00
  • Warga Emas (60 tahun dan ke atas) : RM10.00

Dewasa: RM20.00

Waktu operasi:

  • Dibuka setiap hari termasuk Ahad dan Cuti Umum : 8.00 malam hingga 11.00 malam
  • Setiap Sabtu malam dan malam sebelum Cuti Am : 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam

PERINGATAN

  • Pengunjung dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash di Night Safari kerana ini akan mengganggu haiwan yang dipamerkan,.
  • Dilarang memberi makanan dan mengganggu haiwan.
  • Dilarang melintas halangan-halangan serta memetik, memotong atau merosakkan pokok-pokok dan tanaman.
  • Dilarang membuang sampah merata-rata. Sila gunakan tong sampah yang disediakan.
  • Dilarang membawa masuk binatang peliharaan.
  • Dilarang membawa masuk lampu suluh dan kamera berflash.

Maklumat Lanjut

Jalan Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel: 605 – 8086577 Fax: 605 – 806 6025 e-mail : [email protected]

Baca juga: Harga Tiket Zoo Melaka & Dinosaur Encounter (Terkini 2022)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: