Ini Cara Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Untuk Orang Sarawak!

Berita baik untuk orang Sarawak! Bagi menghidupkan semula ekonomi sektor pelancongan di Sarawak, rakyat Sarawak (dan penduduk Sarawak yang mempunyai permit kerja di Sarawak) ditawarkan kelebihan menginap di hotel dan resort seluruh Sarawak dengan harga yang sangat murah melalui Kempen ‘Sia Sitok Sarawak 2.0’.

Inisiatif khas ini menawarkan hotel yang sangat murah berbanding harga biasa tau!

Bayangkan, hanya dengan RM100 boleh dapat hotel yang bagus untuk duduk satu family.

Tak percaya? Cuba tengok harga-harga hotel ini :

Teruja kan?

Ayuh, kami kongsikan lebih lanjut tentang Kempen ‘Sia Sitok Sarawak 2.0’ ini.

Apakah Kempen ‘Sia Sitok Sarawak 2.0’?

Kempen Sia Sitok Sarawak 2.0 merupakan kolaborasi antara Sarawak Tourism Board (STB) dan Sarawak Tourism Federation (STF).

Kempen ini menawarkan 60 tempat tarikan, tour dan aktiviti pelancongan di seluruh Sarawak, termasuklah penginapan hotel.

Baca juga: Senarai Homestay Port Dickson Dengan Private Pool (TERKINI)

Siapa Boleh Mendapat Harga Promosi Kempen ‘Sia Sitok Sarawak’

Tawaran promosi ini adalah ekslusif untuk penduduk Sarawak (rakyat Sarawak atau bukan rakyat Sarawak yang mempunyai permit bekerja).

Tempoh Tempahan & Tarikh Akhir Promosi

  • Tempoh tempahan : 31 Mac 2021 – 31 Oktober 2021
  • Tempoh menginap / lawatan : 31 Mac – 15 Disember 2021

Cara Membuat Tempahan

  • Anda boleh membuat tempahan hotel melalui hotelsarawak.com.my
  • Jika anda ingin membuat tempahan pakej penginapan dan lawatan, anda boleh melayari sarawak.travel/explore-all untuk melihat pakej yang ditawarkan. (Contohnya lawatan ke Taman Negara Bako, Kuching dan sebagainya)

NOTA :

Dewasa – berumur 13 tahun ke atas
Kanak-kanak – untuk 2 – 12 tahun
Kanak-kanak Percuma (FOC) – berumur 0 – 2 tahun
Setiap Orang – harga yang sama untuk Orang Dewasa & Kanak-kanak tanpa mengira usia

Sekiranya terdapat kesilapan pembelian produk kerana kategori harga orang dewasa / kanak-kanak, Penganjur, Ejen dan Penjual SSS 2.0 diberi kuasa untuk membuat penyesuaian yang sewajarnya terhadap harga akhir.

Baca juga: Senarai Homestay Di Selangor / KL / Putrajaya Dengan Private Pool (Terkini)

Terma & Syarat

  1. Semua tempahan berbayar di bawah Sia Sitok Sarawak 2.0 (SSS 2.0) tidak akan dikembalikan.
  2. Pelanggan bersetuju bahawa lawatan yang dibeli mereka akan didelegasikan kepada salah satu Ejen Konsortium / Vendor Konsortium kami yang dipercayai yang akan menghubungi Pelanggan untuk pengaturan dan perincian lebih lanjut mengenai tempahan, sehingga lima (05) hari bekerja setelah tempahan dilakukan dibuat. Pelanggan tidak dibenarkan meminta ejen khusus untuk mengendalikan lawatan mereka, semasa membeli.
  3. Tarikh akhir untuk membuat tempahan adalah enam (06) hari sebelum tarikh perjalanan.
  4. Pelanggan perlu memberitahu Ejen Konsortium yang diwakilkan masing-masing, sekiranya mereka ingin membuat perubahan pada tempahan mereka, hanya dua (02) kali sahaja dan selambat-lambatnya empat puluh lapan (48) jam sebelum tarikh tempahan. Ini berlaku untuk kes seperti;
    • Penangguhan tarikh perjalanan.
    • Penggantian pelanggan.
  5. Tempahan Berkumpulan hanya untuk semua pakej di bawah Sia Sitok Sarawak 2.0 – Minimum 2 orang untuk setiap tempahan, kecuali dinyatakan.
  6. Insurans Pilihan boleh didapati untuk pembelian, tetapi semua perkara yang berkaitan dengan insurans adalah antara Pelanggan dan Ejen / Penjual Konsortium.

Bolehlah Rentas Daerah Di Sarawak?

Oh ya, ada yang tertanya-tanya sama ada bolehkah merentas daerah dalam Negeri Sarawak?

Terkini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan bahawa pergerakan rentas daerah di Sarawak adalah dibenarkan dan tidak perlu permit polis.

Sumber: Kenyataan Media JPBN Bil 278/2021

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, sila rujuk pautan https://sarawak.travel/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: