in , ,

Fly2Campus KPT: Cara Daftar & Beli Tiket Dengan Tawaran Harga Terbaik

fly2campus
ADVERTISEMENT

KPT telah menyediakan satu platform bagi pengumpulan maklumat pelajar yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan untuk kemasukan ke kampus melalui Portal Fly2Campus.

Sistem maklumat ini akan menjadi rujukan utama bagi penyelarasan jadual penerbangan dan penyedia perkhidmatan penerbangan dengan tawaran harga terbaik bagi para pelajar.

Para pelajar yang telah menerima pemakluman untuk masuk ke kampus secara fizikal bermula 15 Oktober 2021 daripada pihak IPT dan berminat menggunakan perkhidmatan penerbangan dipelawa untuk daftar pengguna, mengemaskini maklumat peribadi dan maklumat perjalanan melalui Portal Fly2Campus.

ADVERTISEMENT

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang platform ini untuk makluman bersama.

Apakah Fly2Campus?

Aplikasi ini adalah bertujuan bagi pengumpulan maklumat perancangan pergerakan pulang ke kampus oleh pelajar yang berminat menggunakan perkhidmatan penerbangan.

Pengisian maklumat hanya terpakai kepada pelajar IPT (berstatus warganegara) yang berdaftar di bawah KPT dan telah menerima pemakluman untuk masuk ke kampus secara fizikal daripada IPT masing-masing.

Hanya pelajar yang berminat menggunakan kemudahan penerbangan perlu mengisi maklumat melalui aplikasi ini.

fly2campus

Baca juga: MySPR SPPA: Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik Sebelum 31 Oktober 2021

Cara Mendaftar Fly2Campus

Sila ke pautan http://iptpelajar.mohe.gov.my untuk mendaftar.

Pelajar hendaklah mengemaskini maklumat peribadi yang terkini dan tepat bagi memudahkan perancangan di pihak pengurusan.

Pelajar yang tidak mempunyai sebarang rekod dalam pangkalan data KPT perlu mendaftar dan mengisi maklumat yang tepat dan terkini terlebih dahulu.

Aplikasi Fly2Campus boleh diakses bermula 1 Oktober 2021 sehingga 6 Oktober 2021.

fly 2 campus

Pelajar yang telah mendaftar melalui aplikasi ini adalah dinasihatkan untuk menunggu pemakluman dari pihak syarikat penerbangan/KPT sebelum membeli sebarang tiket penerbangan bagi memastikan dapat menerima manfaat inisiatif ini.

Penentuan tarikh, jadual penerbangan dan penyedia perkhidmatan penerbangan adalah tertakluk kepada penyelarasan di peringkat KPT dan penyedia perkhidmatan penerbangan.

Pelajar yang telah mendaftar melalui aplikasi ini akan dihubungi oleh pihak penyedia perkhidmatan penerbangan bagi pengesahan dan urusan pembelian tiket penerbangan.

Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut boleh hubungi Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777 / 6628 / 6949 / 6623.

Baca juga: PPN: SOP Terkini & Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi Di Fasa 2, 3, 4

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang cara pendaftaran dan pembelian tiket melalui aplikasi ini, sila rujuk soalan lazim di bawah atau layari http://iptpelajar.mohe.gov.my

fly2campus
fly2campus

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Nasi Tomato Kukus. Lengkap Sekali Ayam Masak Merah Dan Acar!

Resepi Kebab Daging Roti Pita Ala Pasar Malam. Mudah Dan Sedap!