BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang YAWAS.
Pemberian manfaat secara one-off dengan had maksima sehingga RM5,000 bagi satu keluarga.
Terdapat 4 jenis bantuan bagi program ANIS iatu bantuan makanan dan keperluan tambahan, pembelian atau pembaikian peralatan , ubat ubatan dan juga pendidikan iatu terapi atau kelas khas bagi anak OKU.
Di sini kami kongsikan maklumat lanjut untuk makluman bersama.
Apakah Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)?
Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU untuk kegunaan mereka sewaktu kecemasan atau bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga.
YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.
Baca juga: Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM150, Maksimum RM1,000
Syarat Kelayakan Bantuan ANIS
- Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor ATAU bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
- Dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah
- Mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU)
- Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973

Cara Permohonan
- Pemohon boleh memohon secara atas talian
- Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
- Permohonan beserta dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses
- Permohonan boleh dihantar kepada :
- i. Emel [email protected]
- ii. Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran
- iii. Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor

Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan pasangan.
- Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU
- Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
- Salinan kad pengenalan anak istimewa
- Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
- Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran selangor
- Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
- Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)
Tarikh Permohonan
Pendaftaran akan dibuka bermula pada 15 Februari 2021.
Baca juga: Bantuan Telefon Pintar 2021 & Data Percuma Untuk B40 – YTL Foundation
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web YAWAS atau rujuk FAQ / Soalan Lazim di bawah ini:
kedua-dua anak saya?
Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan. Namun jumlah
bantuan yang diperuntukkan untuk satu keluarga adalah sehingga RM5,000.00
sahaja setahun.
Boleh. Lampirkan bersama salinan surat pengesahan doktor yang
menyatakan anak puan mempunyai simtom tersebut sewaktu permohonan dibuat.
ini?
Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka untuk anak di bawah usia 18
tahun sahaja.
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja di
www.anis.yawas.my.
Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang
permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan. Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan bantuan tidak akan diproses
disarankan oleh doktor, bolehkan saya beli di luar dan lampirkan resit untuk menampung kos bayaran tersebut?
Tidak boleh. Pembelian peralatan hanya boleh dibuat melalui panel
lantikan di bawah YAWAS sahaja. Barang akan terus dihantar kepada penerima
setelah proses kelayakan diluluskan dan tempahan kepada panel selesai.
saya hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan?
Permohonan boleh dihantar ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN
yang berhampiran dengan rumah tuan/puan atau boleh diemelkan ke
[email protected]
tidak sampai 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini untuk anak OKU saya?
Tidak boleh. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun.
memohon bantuan untuk anak OKU saya?
Tidak boleh. Pemohon hendaklah sedang menetap di Selangor sahaja
sedang menetap di Selangor. Layakkah kami memohon bantuan ini untuk anak saya?
Boleh
memohon?
Boleh, namun tuan/puan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin
di ruangan pada borang permohonan.
Sila rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan.
disarankan oleh doktor dan juga sesi terapi khas di pusat terapi tertentu. Bolehkah saya memohon untuk 2 jenis bantuan tersebut?
Boleh. Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan dan lampirkan
bersama sewaktu permohonan dibuat kelak. Adalah diingatkan jumlah maksima
bantuan adalah sehingga RM 5,000.00 sahaja.
YAWAS tidak bertanggungjawab membayar lebihan kos sekiranya ia melebihi jumlah yang ditetapkan.
lampirkan tidak lengkap?
TIDAK. Kerana semua pemohonan tanpa melampirkan dokumen yang
mencukupi akan ditolak.