Skim Cakna Suri 2023, Bantuan RM200 One-off Untuk Surirumah

Anda SURI RUMAH SEPENUH MASA?? Jom isi Permohonan Skim Cakna Suri!

Tahukah anda, Skim Cakna Suri 2023 merupakan satu skim khas yang diwujudkan untuk memberi sumbangan kepada suri rumah secara one-off.

Skim ini telah diwujudkan bermula pada tahun 2020 oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan diuruskan oleh Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.

skim cakna suri 2023

Skim ini sebagai tanda penghargaan buat suri rumah atas jasa dan pengorbanan mereka dalam membangunkan keluarga.

Setiap pemohon yang layak akan diberikan sumbangan tunai RM200 secara one-off.

Syarat Permohonan & Kelayakan

Antara syarat kelayakan menerima Skim Cakna Suri adalah :

  1. Suri rumah sepenuh masa berumur 54 tahun dan ke bawah
  2. Mempunyai 2 orang anak atau lebih di bawah tanggungan
  3. Rakyat Negeri Kelantan
  4. Pendapatan Isi Rumah sebanyak RM2,000 dan ke bawah
  5. Bukan penerima Skim Cakna Suri 2022 (boleh check nama di Pusat Khidmat DUN masing-masing).

Tarikh Permohonan Skim Cakna Suri 2023

Permohonan skim ini dibuka sehingga 31 Januari 2023.

Cara Permohonan

Borang permohonan manual boleh didapati di Pusat Khidmat DUN masing-masing. Diingatkan bahawa 1 orang hanya boleh mengambil 1 borang sahaja.

Borang yang diambil boleh dihantar sebelum tarikh tutup (31 Januari 2023) ke Pusat Khidmat DUN masing-masing.

Atau boleh dimuat turun online pada link berikut : https://drive.google.com/drive/folders/12OcWNI1Hl7_9ddERCWCaA4E4o9EkVYL6

skim cakna suri 2023

Borang online boleh dihantar secara serahan tangan atau pos di alamat yang tertera pada borang permohonan iaitu:

Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan (Mawaddah Centre)
Stesen Bas Kota Bharu, Lot 259, Seksyen 11,
Jalan Pendek,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.

No Telefon Mawaddah Centre : 09-743 0497

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila rujuk talian berikut:

  • Unit Pembangunan Keluarga : 013-983 6915
  • Unit Kaunseling : 013-983 5912

Baca juga: