7 Bantuan Khas BNM Untuk PKS, Mikro & Pekerja Sambilan (COVID-19)

Tahukah anda, ada 7 dana bantuan untuk PKS oleh Bank Negara Malaysia khas untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana, termasuklah perusahaan mikro dan pekerja sambilan yang memerlukan pembiayaan khususnya untuk menyokong perniagaan anda dalam musim wabak COVID-19 ini.

Jom ketahui lebih lanjut tentang semua jenis bantuan ini.

https://www.facebook.com/bnm.official/posts/10158918941889872

7 Bantuan Untuk PKS Oleh Bank Negara Malaysia (BNM)

Sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, Bank Negara Malaysia akan menyediakan tambahan dan menambahbaik kemudahan pembiayaan, bagi memberikan bantuan dan menyokong pemulihan PKS.

Berikut adalah 7 Bantuan Untuk PKS Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang perlu anda tahu.

1. Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)

TRRF merupakan kemudahan pembiayaan yang diwujudkan oleh BNM untuk memberikan bantuan dan sokongan pemulihan kepada PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan sejak bulan Jun 2020, kecuali subsektor pelancongan dan subsektor
berkaitan pelancongan.

PKS yang layak untuk memohon TRRF adalah PKS Malaysia dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 sejak bulan Jun 2020 (kecuali subsektor pelancongan dan subsektor berkaitan pelancongan) seperti:

  • Perkhidmatan peribadi (cth. membaiki komputer / barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan)
  • Aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
  • Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial
  • Seni, hiburan dan rekreasi
  • Perdagangan borong dan runcit
  • Perkhidmatan perniagaan (cth aktiviti profesional, saintifik dan teknikal; pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan)

NOTA: Penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF), Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) dan/ atau Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PENJANA Tourism Financing, PTF) tidak layak untuk memohon TRRF

bantuan untuk pks

Tarikh Permohonan

Kemudahan ini dibuka dari 1 Disember 2020 dan tersedia sehingga 31 Disember 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya (mana yang lebih awal).

Berikut adalah maklumat lanjut tentang TRRF:

Maklumat lanjut, sila rujuk FAQ TRRF Bank Negara Malaysia.

2. Kemudahan Teknologi Tinggi – Aspirasi Pelaburan Nasional (HTF-NIA)

Kemudahan Teknologi Tinggi – Aspirasi Pelaburan Nasional (HTF-NIA) bertujuan membantu PKS teknologi tinggi dan dipacu inovasi serta selaras dengan matlamat
pembangunan jangka panjang strategik yang terdapat dalam Aspirasi Pelaburan Nasional (National Investment Aspirations, NIAs), yang terjejas.

Kemudahan ini disediakan bagi memelihara kedudukan daya saing Malaysia dalam rantaian nilai global, mengekalkan ekosistem rantaian penawaran dan melindungi pekerjaan berkemahiran tinggi.

PKS Malaysia yang boleh memohon termasuklah subsektor perkilangan dan perkhidmatan yang mempunyai skor yang tinggi dalam Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) iaitu:

  • Keluaran Elektrik and Elektronik (E&E);
  • Bahan kimia (termasuk farmaseutikal dan petroleum bertapis);
  • Peralatan Optikal & Saintifik dan Peralatan Perubatan;
  • Jentera dan Peralatan (termasuk Robotik, Dron, dan Industri Teknologi 4.0);
  • Kelengkapan pengangkutan meliputi aeroangkasa; pengilang kenderaan dan komponen yang terlibat dalam rantaian penawaran global atau peralihan ke arah mobiliti masa depan dan teknologi hijau;
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT); dan
  • Khidmat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
bantuan untuk pks

Tarikh Permohonan

Kemudahan ini tersedia sehingga 31 Disember 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya (mana yang lebih awal).

Baca juga: SPPP: Cara Daftar SSM Percuma Untuk Ibu Tunggal, Belia B40 & Pelajar

3. Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF)

Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF) disediakan oleh Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan tanpa cagaran untuk perusahaan/ usahawan mikro, termasuk individu yang bekerja sendiri dan pekerja sambilan (gig workers) yang menggunakan platform digital.

Siapa Yang Boleh Memohon?

  • Perusahaan mikro yang mengikut definisi PKS dan diluluskan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK); atau
  • Usahawan mikro Malaysia termasuk individu yang bekerja sendiri, pekerja sambilan (gig workers) yang menggunakan platform digital dan peserta program i-TEKAD

Pembiayaan akan ditawarkan di bawah Skim Pembiayaan Mikro tanpa cagaran. Sila memohon terus kepada institusi kewangan peserta di bawah Skim Pembiayaan Mikro (www.bnm.gov.my/index.php?rp=180620 pmikro+comparativetable)

bantuan untuk pks

Lain-lain Dana BNM untuk PKS

Selain 3 dana ini, BNM juga memperuntukkan berbillion ringgit untuk membantu PKS menerusi dana khusus untuk membolehkan PKS meneruskan operasi perniagaan, melindungi pekerjaan, dan menggalakan pelaburan domestik.

Ciri-ciri & syarat kelayakan untuk dana yang masih tersedia adalah seperti berikut:

Lain-lain Bantuan Pembiayaan untuk PKS

Selain Dana BNM untuk PKS, terdapat pelbagai Kemudahan Bantuan Pembiayaan yang tersedia untuk PKS seperti di bawah:

bantuan untuk pks

Baca juga: Cara Daftar SSM & Renew Lesen Syarikat Online Melalui Portal EzBiz

Maklumat Lanjut

Dengan bantuan untuk PKS oleh BNM ini, diharapkan pemilik perniagaan dapat membuat pilihan dana yang paling sesuai dengan keperluan masing-masing.

Untuk maklumat lanjut tentang dana-dana ini, layari:

https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/index_bm.html

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: