in ,

SPPP SSM: Panduan Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40 & Pelajar

daftar sppp ssm
ADVERTISEMENT

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP): Daftar SSM Percuma Untuk Golongan Ibu Tunggal, Belia & Pelajar

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melancarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) dengan memperluaskan tawaran di bawah Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P).

Pelancaran ini adalah lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi di sidang Dewan Rakyat pada 15 Disember 2020.

ADVERTISEMENT

YB Dato Sri Alexander berkata di bawah SPPP, pelajar dan usahawan dari golongan B40 berpeluang untuk mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma di SSM.

SSM menjangkakan skim ini akan memanfaatkan seramai 7 juta golongan belia dan 150,000 ibu tunggal dari golongan B40 untuk menceburi bidang perniagaan.

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).

Apakah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) SSM?

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) adalah manfaat skim pendaftaran SSM percuma yang pertama kalinya dibentangkan melalui sidang di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2020.

Ia bertujuan membantu golongan belia B40 dan ibu tunggal untuk menceburi bidang perniagaan bagi menjana pendapatan tambahan yang dapat menampung kehidupan harian seterusnya merancakkan lagi pertumbuhan sektor perniagaan dan ekonomi negara.

Berkuatkuasa pada 15 Februari 2021, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperluaskan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.

Baca juga: PEMERKASA: Bantuan RM500 Untuk B40, Penerima BPR Mulai Jun 2021

SPPP yang telah dilancarkan pada 23 Disember 2020 lalu telah ditambah baik di mana sebelum ini hanya memberi manfaat kepada usahawan dari kalangan belia dan ibu tunggal B40 serta pelajar sahaja.  

Kini, pemohon yang layak akan mendapat manfaat pengecualian fi seperti berikut:

​Bil​Perkara​Pengecualian Fi
​1.​Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan; atau​RM30
​2.​Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred; dan​RM60
​3.​Cetakan maklumat​RM10

Syarat Kelayakan

Perincian kategori yang layak untuk memohon atau daftar SSM percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) adalah seperti berikut:

KATEGORI USAHAWAN GOLONGAN B40

  • Pemegang MyKad/MyPR
  • Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
  • Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
daftar ssm percuma sppp

KATEGORI PELAJAR

  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Baca juga: PEMERKASA: Penebusan eWallet RM150 Melalui Program eBelia

daftar ssm percuma sppp

Cara Daftar SSM Percuma Melalui SPPP

Permohonan pendaftaran perniagaan boleh dibuat melalui Portal EzBiz Online.

Berikut adalah 5 langkah untuk membuat pendaftaran SPPP SSM:

  1. Buka pautan ezbiz.ssm.com.my.
  2. Tekan butang Sign Up dan daftar sebagai pengguna Portal ezBiz.
  3. Setelah mendaftar, Sign In untuk masuk ke Portal ezBiz.
  4. Klik menu My Business Services > New Business
  5. Isi maklumat perniagaan yang ingin didaftarkan.
  6. Di bahagian Incentive, pilih Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
  7. Lampirkan dokumen sokongan seperti berikut:
    • B40
      • Permohonan bantuan pinjaman / geran perniagaan ATAU
      • Dokumen berkaitan jual beli produk atau perkhidmatan ATAU
      • Gambar pemohon bersama premis / tempat / gerai perniagaan ATAU
      • Lain-lain dokumen yang berkaitan
    • Pelajar IPT
      • Salinan Kad Pengenalan depan belakang
      • Salinan kad pelajar
      • Salinan surat perakuan dari pihak IPTA / IPTS / Kolej / Institut Kemahiran / Pusat Kemahiran
  8. Klik Submit For Verification untuk pegawai SSM membuat pengesahan secara atas talian.
  9. Anda akan menerima e-mel kelulusan daripada pihak SSM.
  10. Setelah mendapat e-mel ini, anda bolehlah menjalankan perniagaan mengikut undang-undang yang termaktub dalam Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

*Rujuk infografik / panduan bergambar di bawah:

daftar ssm percuma sppp

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar SSM percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP), sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel kepada [email protected]

Facebook: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

kod negeri kelahiran jpn

Kod Negeri Kelahiran Di Kad Pengenalan Malaysia – JPN

Cara Berkesan Halau Tikus Guna Kulit Telur. Lipas, Semut, Cicak Pun Lari!