SOP PKP 3.0 Terkini & Senarai Penuh Sekatan Tambahan Berkuatkuasa 25 Mei
SENARAI PENUH SOP PKP 3.0 TERKINI MULAI TEMPOH KUATKUASA 25 MEI (DIKEMASKINI)
Pada 10 Mei 2021 YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan sebuah kenyataan khas bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) kini dikuatkuasakan di seluruh negara.
Ia bertujuan membendung penularan kes Covid-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari.
Susulan peningkatan kes mendadak yang melebihi 6000 kes dalam minggu ini, pada 22 Mei 2021 MKN telah mengumumkan sekatan tambahan dan pelaksanaan PKP yang lebih ketat bagi membantu mengurangkan kes harian.
Antara sekatan tambahan dan SOP PKP 3.0 yang telah dikemaskini berkuatkuasa 25 Mei 2021 termasuklah:
1) 80% kakitangan kerajaan akan Bekerja Dari Rumah (BDR) libatkan 750 ribu pekerja
2) 40% kakitangan sektor swasta akan Bekerja Dari Rumah (BDR) libatkan 6.1 juta
3) Pengangkutan awam dihadkan kepada 50 peratus kapasiti penumpang
4) Operasi perniagaan dihadkan sehingga 8 malam sahaja, bermula 8 pagi 8 malam
5) Semua sekatan akan berkuatkuasa bermula 25 Mei 2021
Berikut adalah SOP PKP 3.0 terkini bermula 25 Mei yang telah dimuatnaik oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Sila muat turun versi PDF :
Rujuk ringkasan SOP yang diumumkan oleh MKN melalui infografik oleh BERNAMA seperti di bawah :
*Sumber: http://covid-19.moh.gov.my/faqsop/sop-perintah-kawalan-pergerakan-pkp