Rupanya Ini Petanda Kucing Selalu Datang Ketika Menjamu Selera

Pernah tak terjadi kepada anda, sewaktu hendak menjamah makanan sama ada di kedai makan, di luar ataupun dimana-mana sahaja pasti akan ada kucing jalanan yang datang kepada anda.

Sekiranya anda mengalami situasi begini ini, janganlah anda terburu-buru untuk mengusir haiwan yang paling disayangi oleh Rasulullah SAW.

Berfikirlah sejenak akan mengapa kucing jalanan itu datang kepada anda dan bukan kepada orang lain yang juga sedang menjamu selera disekeliling anda?

Kucing adalah seekor haiwan yang sangat disayangi oleh Rasulullah SAW.

Ini kerana raut wajahnya yang comel dan lucu ditambah pula dengan tingkah laku mereka yang menghiburkan.

Sebenarnya kucing ini bersifat manja ,aktif dan mempunyai daya tarikan yang mampu membuatkan manusia amat menyukai mereka.

Semasa hayat Rasulullah SAW, baginda juga pernah memelihara kucing dimana baginda telah menamakannya dengan nama Mueeza.

Masihkah anda ingat akan Sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Hurairah r.a. yang di gelar sebagai Bapa Kucing?

Beliau sangat menyanyangi kucing sehingga memasukkan anak kucing tersebut kedalam lengan jubahnya dan membawa kucing itu bersiar-siar bersamanya sebelum dibawa pulang.

Oleh kerana beliau gemar bermain dengan anak kucing, beliau telah digelarkan sebagai Bapa Kucing.

Ketahui 5 tanda si bulus bahagia bersama anda! - I-suke | mStar
Sumber: Google

Mungkin anda pernah didatangi oleh kucing jalanan semasa melakukan aktiviti harian, contohnya seperti ketika tengah menjamu selera.

Bagi setengah orang yang menyukai kucing mungkin akan memberi sedikit makanan kepada kucing jalanan itu.

Namun sebahagian pula akan mengusir kucing tersebut kerana bagi mereka ia dikira mengganggu.

Tahukah anda jika kucing yang datang kepada anda itu hakikatnya membawa ‘satu pesanan’ atau petanda? Berikut adalah beberapa daripada petanda atau pesanan sekiranya kucing datang kepada kita dan bukan kepada orang lain.

Kehadiran kucing tersebut kepada anda adalah tanda bahawa Allah SWT ingin mengingatkan anda mengenai pemberian ikhlas. Segala rezeki yang anda perolehi tidak semuanya hak anda sahaja, malah terdapat hak-hak orang lain yang harus dikongsi bersama.

Contohnya zakat fitrah serta zakat harta yang patut anda serahkan dimana ianya adalah rukun Islam yang perlu dipenuhi.

Jika tidak menunaikan perkara yang tersebut, sebagai umat Islam anda sebenarnya belum lagi menggerakkan kesemua ketentuan yang harus ditegakkan.

Dalam konteks kucing yang mendatangi anda sewaktu menjamah selera pula, ini sudah menunjukkan bahawa rezeki yang diberikan oleh Allah ini harus dikongsi bersama.

Ini bermaksud bahawa dalam makanan yang hendak dijamah itu, ternyata ada bahagian rezeki untuk kucing yang perlu dikongsi bersama.

Memberi makanan kepada makhluk Allah termasuklah kucing adalah satu kebaikan. Allah berfirman bahawa akan melipat gandakan satu kebaikan dengan sepuluh kali lipat kebaikan yang lain.

Memberi Makan Haiwan Terbiar Adalah Satu Amalan Yang Sangat Terpuji – The  Mamamiaow
Sumber: Google

Ini akan berlaku sekiranya anda berkongsi dengan ikhlas tanpa mempunyai perasaan atau keterpaksaan melakukan kebaikan.

Contohnya seperti apabila anda berbuat baik pada manusia dan pastinya mahukan balasan yang setimpal dari orang lain.

Tetapi tidak pula kepada manusia berbuat baik terhadap kucing kerana kucing tidak dapat membalas apa yang telah anda berikanlah kepadanya.

Di masa yang sama, anda dapat belajar bagaimana perasaan memberi dan berkongsi rezeki dengan penuh keikhlasan dalam memberi makanan kepada kucing. Sama juga seperti manusia ketika berkongsi rezeki kepada orang lain.

Jika anda menolak daripada berkongsi makanan dengan kucing, ianya seperti anda menolak rezeki yang bakal di berikan oleh Allah SWT kepada anda.

Anda harus ingat bahawa rezeki itu luas dan ia bukan sahaja sekadar wang ringgit, namun mencukupi kesemua aspek kehidupan.

Kredit: apa cerita press

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: