in

Ini Cara Memohon Bantuan RM500 Bagi Warga Emas

ADVERTISEMENT

Situasi pandemik tidak dinafikan ia memberi cabaran terhadap kesihatan serta kebajikan semua, lebih-lebih lagi kelompok warga emas.

Skim Bantuan Warga Emas boleh meringankan beban bagi warga emas yang terkesan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

ADVERTISEMENT

Perkara ini telah diumumkan terdahulu telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu.

Baca juga: iSejahtera: Program Penghargaan Warga Emas RM150 Setahun

Kadar bantuan Bantuan Warga Emas dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

Warga emas yang ingin memohon bantuan berkenaan harus memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Pemohon mestilah warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; DAN
  • Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Perlu diketahui bahawa pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Difahamkan setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Menurut JKM, urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Dokumen yang diperlukan ialah seperti berikut:
  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Semoga dengan adanya skim bantuan seumpama ini golongan warga emas yang disasarkan dapat menjalani hidup dengan sejahtera.

Sumber: wwww.jkm.gov.my

Written by aisyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mesej Whatsapp Boleh Hilang Selepas 7 Hari. Ini Cara Tutup Fungsi ‘Disappearing Messages’

Cara Periksa Keselamatan ‘Water Heater’ Dekat Rumah, Tekan 2 Butang Ni Je