Cara Sejukkan Rumah: Tips Sejukkan Bilik Tanpa Aircond

Tips Sejukkan Bilik Tanpa Aircond ~ Cuaca panas yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini seringkali menimbulkan ketidakselesaan. Bukan sahaja di siang hari, malah pada waktu malam pun sama. Nak tidur pun berpeluh-peluh!

Salah satu solusi ramai fikirkan ialah dengan membeli pendingin hawa atau ‘aircond’. Kalau anda mampu, ia tidak menjadi masalah.

Namun, tidak semua orang mempunyai kemampuan untuk membeli pendingin hawa lebih-lebih lagi apabila memikirkan bil letrik yang akan naik melambung. Fuh. 

Jadi, sekiranya anda tercari-cari cara sejukkan rumah atau tips sejukkan bilik tanpa aircond, mari teruskan membaca. 

BACA JUGA: Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) – Caruman Untuk Suri Rumah

Cara Sejukkan Rumah / Bilik Tanpa Aircond

1. Halakan Kipas Ke Luar

Sekiranya rumah anda mempunyai kipas angin, anda boleh gunakan ‘trick ini’. Letakkan kipas angin anda berdekatan tingkap agar haba panas yang terkumpul di dalam bilik anda boleh ‘dianginkan’ keluar.

Selain itu, anda boleh buka tingkap pada waktu malam agar udara sejuk masuk ke rumah/bilik anda.

2. Gunakan Ketulan Ais

Caranya mudah sahaja, letakkan ais di dalam besen besar, kemudian letakkan besen tersebut di hadapan kipas. Pastikan kipas tersebut menghala ke arah anda. Dengan menggunakan cara ini, angin yang menghala ke arah anda menjadi lebih sejuk. Cubalah!

3. Bekukan Air Di Dalam Botol

Masukkan beberapa botol air di dalam peti sejuk sehingga beku. Setelah itu, letakkan botol-botol tersebut di belakang kipas angin anda sambil kipas tersebut menghala ke arah anda. Untuk air botol kekal beku, tabur sedikit garam ke atasnya.

TIPS SEJUKKAN BILIK

4. Gunakan Pelembap Udara atau ‘Humidifier’ 

Pelembap udara atau juga dikenali sebagai humidifier adalah berfungsi untuk membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya. Dengan itu, udara di dalam bilik atau rumah anda akan terasa lebih lembap dan bahang panas dapat dikurangkan. 

Terdapat pelbagai jenama ataupun syarikat yang menjualnya sama ada secara bayaran ansuran ataupun tunai. 

TIPS SEJUKKAN BILIK

5. Minimakan Haba

Elakkan haba panas terkurung di dalam bilik atau rumah anda. Buka tingkap, anda pastikan aliran udara dapat berlaku dengan lancar. Selain itu, pastikan anda tutup semua perkakasan elektrik yang menjana haba seperti komputer riba, lampu dan televisyen sebelum tidur atau ketika tidak digunakan. 

TIPS SEJUKKAN BILIK

6. Tukar Langsir Yang Sesuai 

Ketika cuaca panas, tukar langsir anda kepada langsir yang menggunakan fabrik anti tembus cahaya. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurang cahaya dan bahang panas daripada masuk ke bilik/rumah anda. Selain itu, sebaiknya, pilih warna langsir yang agak terang juga. 

TIPS SEJUKKAN BILIK

7. Tanam Tumbuhan Hijau Sekeliling Rumah

Cara ini akan mengambil masa yang panjang namun tidak ada salahnya anda mulakan sekarang. Tumbuhan hijau dapat membantu mengurangkan haba panas di sekeliling rumah. 

Selain itu, sekiranya terdapat banyak pokok-pokok di luar rumah anda, ia dapat membantu mencegah cahaya matahari terkena terus pada dinding rumah dan menyerap bahang panas matahari. 

Jika tidak mempunyai kawasan untuk menanam pokok di luar rumah, anda boleh meletakkan tanaman hijau di dalam rumah sebagai pokok hiasan. Secara tidak langsung, udara di dalam rumah anda akan menjadi lebih segar dan bahang panas pun dapat dikurangkan. 

8. Pasang ‘Awning’

Awning bukan sahaja bertujuan untuk mengelakkan air hujan masuk ke kawasan rumah namun ia adalah mekanisme yang berkesan untuk mengelakkan cahaya matahari terpancar terus ke arah dinding atau tingkap rumah anda. 

Pemilihan awning yang tepat dapat membantu haba tersebar ke dalam rumah sekaligus mengurangkan rasa panas di dalam kawasan rumah/bilik. 

TIPS SEJUKKAN BILIK

Untuk lebih banyak tips sejukkan bilik dan rumah, anda boleh rujuk bebenang yang dikongsikan oleh Twitter Public Health Malaysia ini.

https://twitter.com/health_malaysia/status/1657707083582816256
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: