Cara Pendaftaran Vaksin AstraZeneca 2.0 Untuk Orang Ramai (26 Mei)
PENDAFTARAN ASTRAZENECA 2.0 UNTUK ORANG RAMAI DIBUKA 26 MEI 2021
Pendaftaran untuk AstraZeneca 2.0 akan dibuka untuk orang ramai berumur bawah 60 tahun bermula jam 12 tengahari, Rabu, 26 Mei 2021.
Pendaftaran ini hanya untuk mereka yang tinggal di
- Selangor,
- Kuala Lumpur,
- Pulau Pinang,
- Johor dan
- Sarawak sahaja.
Tempahan secara online boleh dibuat di vaksincovid.gov.my.
Terdahulu, permohonan untuk mendapatkan suntikan vaksin Astrazeneca fasa kedua telah dibuka pada 23 hingga 26 Mei ini untuk warga emas yang berusia 60 tahun bagi yang menetap di Lembah Klang, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang, iaitu tertumpu kepada kawasan yang mempunyai bilangan kes yang tinggi.
Baca juga: SOP PKP 3.0 Terkini & Senarai Penuh Sekatan Tambahan Berkuatkuasa 25 Mei
Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web JKJAV, seperti sebelum ini dan juga klinik kesihatan komuniti.
Panduan Pendaftaran Vaksin AstraZeneca 2.0
Cara pendaftaran vaksin AstraZeneca 2.0 di laman web adalah seperti berikut:
(Mulai jam 12.00 tengah hari, 26 Mei)
- Layari https://www.vaksincovid.gov.my
- Pilih MOHON SEKARANG.
- Anda akan dibawa ke laman tempahan.
- Baca SYARAT TEMPAHAN.
- Isikan butiran diri. ( Untuk pengguna MySejahtera, masukkan ID MySejahtera)
- Pilih NEGERI dan lokasi PPV (tempat pengambilan vaksin).
- Tick pada kotak I’m not a robot.
- Klik HANTAR.
- Semak butiran temujanji dalam tempoh 48 jam.
Rujuk panduan versi Bahasa Inggeris di bawah:
Langkah bergambar seperti di bawah:
Masukkan butiran diri.
Pilih Negeri dan Lokasi PPV.
Pilih tarikh yang tersedia.
Setelah siap mengisi maklumat dan menghantar borang, anda akan mendapat notifikasi seperti di bawah.
Baca juga: Cara Batalkan Jaringan Prihatin (Boleh Cancel & Tukar 3 Kali)