3 Bulan Tanpa Gaji Buat Semua Menteri & Timbalan Menteri Mulai Jun

Dalam Perutusan Khas PEMERKASA PLUS sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seperti diamalkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu, barisan Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun.

Menurut Perdana Menteri, gaji yang tidak diambil itu akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

“Sepertimana yang telah diamalkan semasa PKP pertama tahun lalu, saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan Menteri dan Timbalan Menteri dengan tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun 2021.

“Keputusan untuk melaksanakan lockdown ini adalah satu keputusan yang sukar tetapi terpaksa dibuat. Sama ada lockdown yang dilaksanakan ini akan berjaya atau tidak semuanya terserah kepada saudara dan saudari serta ketentuan Ilahi.

“Kerajaan telah menutup hampir semua sektor ekonomi dan sosial untuk mengurangkan pergerakan rakyat dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri: Bantuan PKP 3.0 malam ini.

Rujuk intipati Perutusan Perdana Menteri dan Pakej Bantuan Stimulus PEMERKASA PLUS : PEMERKASA PLUS: Senarai Bantuan Penuh & Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri

Sumber: UTUSAN Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: