Apa Itu Akaun Fleksibel KWSP?

Apa Itu Akaun Fleksibel KWSP? | Mulai tahun hadapan, pihak KWSP akan memperkenal satu akaun baharu yang boleh diakses oleh ahli pada bila-bila masa, khususnya ketika kecemasan.

Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 yang lalu. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: i-Saraan KWSP – Cara Pendaftaran Online & Manfaat

Akaun Fleksibel KWSP

Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa. Ia akan diperkenalkan sebagai Akaun 3. 

Buat masa ini, setiap pencarum KWSP mempunyai 2 jenis akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2.

Pengenalan Akaun 3 atau Akaun Fleksibel ini adalah bagi membolehkan mereka mengeluarkan sebahagian wang simpanan mereka dalam KWSP untuk waktu kecemasan.

Ia boleh diakses oleh semua ahli tanpa mengira sama ada mereka daripada kumpulan B40, M40 atau T20 pada bila-bila masa, khususnya ketika kecemasan.

Langkah memperkenalkan akaun ini bertujuan meringankan beban kewangan rakyat ketika menghadapi keperluan di luar jangkaan.

Apa Itu Akaun Fleksibel KWSP?

Tarikh Pelaksanaan 

Akaun fleksibel KWSP ini dijangka akan dilaksanakan bermula pada tahun hadapan, 2024. Namun tarikh sebenar belum dimuktamadkan lagi.

BACA JUGA: Cara Kemaskini Nombor Telefon KWSP (Untuk OTP / TAC) Secara Online

Mekanisma Pelaksanaan 

Pengeluaran daripada akaun khas yang fleksibel ini  boleh menjadi penyelamat kepada Akaun 1 dan 2 pencarum daripada diusik sebelum mencapai tempoh matang sebagai persediaan menghadapi hari persaraan nanti.

Walaubagaimanapun, ia telah menimbulkan beberapa pertanyaan dan menjadi perbincangan ramai pihak kerana dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada pencarum. 

Apa Itu Akaun Fleksibel KWSP?

Mekanisme dan peratus dana yang akan dimasukkan dalam akaun yang bakal diperkenalkan ini masih belum diputuskan.

Mekanisme yang diperkenalkan kelak akan menentukan sama ada pengenalan akaun ini akan penyelamat atau pembaziran memandangkan akaun ini akan lebih mudah diakses tanpa mengira status seseorang individu.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai KWSP, anda boleh rujuk laman web rasmi KWSP di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/

Segala maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: