Cara Kemaskini Nombor Telefon KWSP (Untuk OTP / TAC) Secara Online
Bolehkah kita tukar atau kemaskini nombor telefon KWSP secara online?
Untuk makluman ahli KWSP, terutamanya yang ingin memohon Pengeluaran Khas tapi dah tukar nombor telefon yang didaftarkan sebelum ini.
Jadi di sini kami kongsikan cara membuat kemaskini maklumat no telefon KWSP anda.
Berikut adalah makluman tangkap layar daripada pihak KWSP sendiri:
Nombor Telefon KWSP Yang Didaftarkan Tidak Aktif
Bagi yang mengalami masalah nombor telefon yang didaftarkan tidak aktif, anda ada 2 pilihan untuk buat permohonan Pengeluaran Khas KWSP sebelum 30 April ini.
PILIHAN 1
Menjawab semua soalan sekuriti dengan betul di Portal Pengeluaran Khas KWSP untuk meneruskan transaksi. Ini tidak memerlukan anda untuk kunci masuk OTP. Hal ini bertujuan untuk memastikan pemohon adalah ahli KWSP sebenar;
ATAU
PILIHAN 2
Daftar nombor telefon TAC/OTP melalui kios KWSP yang berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari.
Untuk dapatkan lokasinya, klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks. Nombor telefon akan dikemaskini dalam sistem dalam tempoh 24 jam dari tarikh pengemaskinian di kios.
Cara Kemaskini / Tukar No Telefon KWSP
Menurut KWSP, anda perlu ke kios KWSP yang berdekatan bagi pendaftaran nombor telefon TAC/OTP kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari.
Untuk dapatkan lokasinya, klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.
Nombor telefon akan dikemaskini dalam sistem dalam tempoh 24 jam dari tarikh pengemaskinian di kios.
Permohonan i-Citra hanya boleh dibuat melalui portal selepas tempoh tersebut.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan i-Citra atau i-Akaun, sila hubungi KWSP di saluran berikut:
- Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP / i-Citra
- Media sosial rasmi KWSP : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia
- Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Sila rujuk :