Cara Semak Baki & Transfer Duit Ke ASB Melalui Maybank (Maybank2U)
Cara Semak Baki ASB Online Melalui Maybank : Menggunakan Maybank2u Apps
Mungkin ada antara kita yang malas nak install banyak-banyak apps dekat handphone kan.
Jadi, bagi pengguna Maybank2u khususnya, kami nak kongsikan cara semak baki ASB dengan mudah melalui Maybank Apps ini.
Dengan cara ini, dapatlah kita semak baki atau semak nombor akaun ASB dengan cepat tanpa perlu install apps ASB online / MyASNB.
Baca juga: MyASNB: Cara Daftar ASB Online, Semak Penyata, Dividen & Pengeluaran
Cara Semak Baki ASB Melalui Maybank Apps @ Maybank2u
Caranya:
- Daftar / Login Maybank2u seperti biasa
- Baki akaun Maybank terkini akan dipaparkan
- Scroll ke sebelah kanan sekali iaitu di bahagian WEALTH
- Di bahagian WEALTH ini akan dipaparkan ASNB ACCOUNT
- Tekan VIEW. Semua akaun ASB kita akan dipaparkan beserta dengan nombor akaun.
- Klik pada akaun ASB yang ingin disemak. Perincian baki, dividen dan 5 transaksi terakhir di ASB akan dipaparkan.
Mudah kan?
Kalau nak tengok step-by-step beserta gambar boleh rujuk di bawah ini.
Mula-mula, login macam biasa.
Kemudian scroll ke bahagian paling kanan iaitu WEALTH.
Tekan VIEW.
OK, dah boleh tengok semua akaun ASB kita termasuk yang didaftarkan bawah nama kita (contohnya anak kita).
Cara Transfer Duit Dari Maybank Ke ASB Online
Selain semakan baki ASB di Maybank online Apps ini, melalui Maybank2u juga kita boleh transfer duit untuk pelaburan ASB.
Caranya begini:
- Login ke Maybank2u
- Pergi ke “Pay & Transfer”
- Tekan “Transfer”
- Pilih “From To: Preferred Account” dan “Transfer To: ASNB Accounts”
- Pilih Akaun ASNB yang kita nak transfer
- Masukkan nilai wang di bahagian “Transfer Amount”
- Tekan ✓ pada “Terms and Conditions”
- Pilih “Transfer” untuk meneruskan proses
- Semak dan tekan “Confirm” untuk sahkan transaksi.
- Selesai
*Jika kita nak transfer ke akaun ASB orang lain, perlu key in nombor ASB dan pilih “New Transfer”.
Caj Yang Dikenakan
Caj yang dikenakan untuk transfer dari Maybank ke Akaun ASB ialah RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
Oh ya, selain membuat semakan ASB online melalui Maybank2u, pengguna juga boleh buat semakan di ATM Maybank tau!
Baca juga: MAE Maybank: Cara Daftar, Aktifkan QR PAY, Split Bill & Buat Tabung Simpanan
Cara Semak Baki ASB Di ATM Maybank
Cara-cara menggunakan ATM Maybank untuk menyemak baki ASB.
Langkah-langkahnya:
- Pilih ‘ASNB’
- Pilih ‘Terima’
- Pilih ‘Daftar ASNB Ke Kad ATM’ untuk pertama kali
- Pilih ‘Ya’
- Untuk menyemak baki pilih ‘Pertanyaan Baki’ dan masukkan kod produk ASNB.
Rujuk gambar step-by-step di bawah:
Mula-mula pilih ASNB.
Pilih Urusniaga ASNB
Baca notis dan Sahkan.
Pilih Urusniaga.
Bagi yang belum pernah daftar, perlu daftar dulu.
Lepas tu boleh buat semakan.
*NOTA: Hanya untuk semak baki dan pelaburan tambahan sahaja. Tidak boleh membuat pengeluaran.
Ok, semoga perkongsian ini dapat membantu memudahkan urusan anda yang nak check baki ASB, terutamanya bila lepas umum dividen dan bonus tahunan!
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang cara semak ASB online melalui Maybank, sila rujuk FAQ Pelaburan ASB Melalui Maybank.