Cara Dapatkan Penyata Maybank Online (e-Statement) & Print Sendiri
Ramai yang mungkin tak tahu cara dapatkan penyata Maybank ni sebenarnya tak susah pun dan tak perlu pergi ke bank kalau kita dah ada Maybank2U.
Kita boleh gunakan penyata bank (bank statement) adalah dokumen bukti aliran kewangan yang penting untuk disertakan dalam pelbagai urusan rasmi seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (bagi yang bekerja sendiri) dan macam-macam lagi termasuklah untuk memohon bantuan kerajaan.
Baca juga: Subsidi RM200 Baucar Pelancongan Selangor 2021 (Tebus Dari 8-31 Januari)
Jika anda ingin lihat penyata atau urusniaga yang lalu, di sini kami kongsikan cara print bank statement Maybank dengan mudah.
Apakah e-Statement Maybank?
e-Statement Maybank adalah borang dalam talian / soft copy Penyata Akaun Perbankan Konvensional dan / atau Islamik anda.
Pelanggan Maybank boleh melihat penyataan anda melalui 2 cara ini:
- Melalui Maybank2u – boleh dilihat dalam talian
- Melalui e-mel – e-Penyata anda akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda
Cara Print Penyata Maybank Online Dari Laman Web
Berikut adalah cara dapatkan penyata Maybank secara online melalui laman web Maybank2u.
- Buka laman web rasmi Maybank di pautan maybank2u.com.my
- Login seperti biasa dengan memasukkan Username dan Password.
- Setelah itu, anda akan masuk ke Dashboard Maybank2u.
- Pilih menu e-Bills & Statement untuk melihat penyata akaun Maybank Anda.
- Klik menu View untuk melihat secara detail.
- Ada pilihan untuk melihat penyata bagi 1-3 bulan. Tekan sama ada Last 30 Days/ Last 60 Days/ Last 90 Days.
- Yang terakhir sekali, apabila statement bank atau penyata bank keluar tekan simbol Save.
- Setelah itu, anda bolehlah mencetak penyata bank atau e-Statement tersebut.
*Pengguna Maybank boleh mendapatkan penyata / statement berikut untuk rujukan masing-masing.
Cara Dapatkan Penyata Maybank Ke E-mel
Untuk pengetahuan anda, Maybank akan keluarkan bank statement untuk 3 bulan terkini pada setiap penghujung suku tahunan, iaitu penghujung bulan Mac, Jun, September dan Disember.
Jika anda ingin melanggan bank statement Maybank ini, bolehlah setting dalam akaun siap-siap mengikut langkah ini.
- Log masuk Maybank2u
- Pilih e-Bills & Statements
- Pilih Statements
- Pilih alamat e-mel yang ingin digunakan untuk tujuan penerimaan penyata
- Masukkan kata laluan.
- Maybank2u.com akan menghantar bank statement melalui e-mel rasmi [email protected]
Setelah e-mel dihantar, anda perlu melakukan langkah ini:
LANGKAH 1: Buka attachment dalam e-mel tersebut
LANGKAH 2: Masukkan password (diberi dalam e-mel)
LANGKAH 3: Print, save atau simpan dalam handphone / laptop untuk rujukan anda
Cara Dapatkan Penyata Maybank e-Statement Dari Apps Maybank2U
Untuk melihat bank statement Maybank melalui aplikasi mobile, sila muat turun aplikasi Maybank2U di Google Playstore atau Apple iStore.
Kemudian, ikuti langkah ini:
- Sila buka aplikasi Maybank2u di handphone Anda.
- Masukkan username dan password.
- Pilih menu Statement untuk melihat penyata akaun Maybank Anda.
- Klik menu View untuk melihat penyata bank secara terperinci dalam masa 1-3 bulan terdahulu.
NOTA:
- “Statement” untuk tengok Savings/Current Accounts/Mudarabah Investment Account/Combined Statement
- “Bills & Cards” untuk Credit Card ATAU
- “Loans” untuk Personal Loans/Financing, Hire Purchase & lain-lain jenis pembiayaan
Cara Print Penyata Mini Dari ATM
Selain mendapatkan penyata akaun online, anda juga boleh cetak penyata ringkas akaun melalui mesin ATM Maybank.
Untuk makluman, Penyata Bank Mini ini hanya mengandungi 10 urusniaga terkini akaun.
Berikut adalah cara dapatkan Penyata Mini melalui ATM:
- Masukkan kad ATM dan tekan PIN
- Pilih Lain- lain Urusniaga
- Pilih Lain- lain Perkhidmatan
- Pilih Penyata Ringkas
- Satu resit akan dikeluarkan mengandungi urusniaga akaun tersebut.
- Selesai.
Baca juga: Qaseh Biz-i Bank Rakyat: Pakej Pembiayaan Untuk Usahawan Wanita
Maklumat Lanjut
Rujuk FAQ berkaitan e-Statement Maybank di sini:
Untuk maklumat lanjut tentang cara print bank statement Maybank ini, sila rujuk laman web atau hubungi hotline Maybank di talian 1300 88 6688 untuk bercakap dengan Perkhidmatan Pelanggan.