Terbaru! Ini Cara Bayar PTPTN / SSPN Guna Shopee Pay. Boleh Dapat 2500 Coins

KEMPEN SALURAN BAYARAN BAHARU PTPTN x SHOPEE PAY

Berita baik kepada peminjam PTPTN dan pendeposit SSPN.

Mulai 25 Mei 2021, PTPTN telah melancarkan Kempen Saluran Bayaran Baharu bagi bayaran balik pinjaman PTPTN dan deposit ke dalam akaun SSPN anda dengan kerjasama Shopee.

Selain itu, 3 lagi saluran pembayaran baharu turut dilancarkan iaitu kiplePay, BESTPay dan KelantanPay.

ptptn shopee

Dengan menggunakan aplikasi Shopee, kiplePay, BESTPay atau KelantanPay, anda berpeluang untuk mendapatkan Coins, Cashback, atau Tunai sepanjang kempen ini berlangsung, iaitu mulai 25 Mei hingga 24 Jun 2021.

cara bayar sspn shopeepay

Bagi pengguna Shopee, anda berpeluang mendapatkan 2500 Shopee Coins sekiranya anda membuat bayaran balik PTPTN atau penambahan deposit SSPN menggunakan aplikasi Shopee!

Bagi pengguna Shopee mesti dah tahu, 2500 Shopee Coins ini bersamaan dengan RM25.00 – banyak juga tu kan? So dapat coins ni bolehlah shopping barang-barang lain di Shopee!

*Tertakluk kepada 30 pengguna terawal setiap hari sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Baca juga: Cara Daftar & Aktifkan ShopeePay. Tebus Kredit Percuma RM150 eBelia!

Di sini kami kongsikan cara buat bayaran PTPTN atau SSPN melalui Shopee. Memang mudah dan kami sendiri dah mencubanya.

Kita hanya perlu isikan kad pengenalan saja untuk membuat bayaran, dan segala maklumat akan tertera secara automatik. Jadi, kita hanya perlu masukkan nilai yang ingin dibayar saja.

Jom tengok langkah di bawah ini.

Cara Bayar PTPTN / SSPN Melalui Shopee

Cara membuat pembayaran balik PTPTN / penambahan deposit SSPN menggunakan apps Shopee adalah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi Shopee
  2. Pergi ke menu Deals, Top-Ups & Bills > PTPTN (di bawah kategori Bills)
  3. Pilih sama ada nak buat bayaran balik PTPTN / SSPN-i / SSPN-i Plus
  4. Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan akaun anda.
  5. Pilih akaun dan masukkan jumlah bayaran.
    NOTA: Caj perkhidmatan RM1 akan dikenakan.
  6. Pilih kaedah pembayaran yang diinginkan – Boleh pilih sama ada nak guna ShopeePay, Kad kredit / kad debit, Perbankan online (FPX), atau bayaran tunai di 7-eleven.
  7. Tekan butang Bayar Sekarang. Selesai!
  8. Selepas pembayaran anda berjaya, PTPTN akan memproses transaksi ini dalam masa 3 hari bekerja.
  9. Tekan butang Lihat Butiran Pesanan / Muat Turun Resit Saya untuk membuat semakan atau mencetak resit anda.

Sila rujuk panduan bergambar di bawah:

ptptn shopee

Baca juga: Cara Buka Akaun SSPN Online, Semak Penyata & Bayaran

Terma & Syarat

Berikut adalah terma & syarat untuk memenangi 2,500 Shopee Coins bagi pembayaran PTPTN atau SSPN melalui aplikasi Shopee Malaysia.

  1. Kempen ini terbuka kepada pengguna aplikasi Shopee yang membuat bayaran balik PTPTN atau penambahan deposit SSPN di dalam tempoh kempen (25 Mei-24 Jun 2021)
  2. 30 pengguna harian terawal yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN atau penambahan deposit SSPN di aplikasi Shopee akan memenangi 2,500 Shopee Coins.
  3. Setiap penerima layak menerima pemberian 2,500 Shopee Coins sekali sahaja dalam tempoh kempen.
  4. Semua pemenang akan memenangi 2,500 Shopee Coins yang akan dikreditkan ke bahagian My Shopee Coins di aplikasi Shopee dalam 10 hari bekerja.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Bayar atau simpan dan terima ganjaran HEBAT!

ptptn shopee

Maklumat Lanjut

Jadi, tunggu apa lagi? Jom “Click, Pay & Earn“!

Maklumat lanjut boleh layari www.ptptn.gov.my atau shopee.com.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: