Cara Buka Akaun SSPN Online, Semak Penyata & Bayaran
Sekarang ni dah mudah, ibubapa yang ingin buka akaun SSPN untuk anak boleh daftar atau buka akaun SSPN online tanpa perlu ke kaunter lagi.
Semuanya di hujung jari!
Ia juga menjadi salah satu pra-syarat untuk memohon pinjaman PTPTN apabila anak-anak melanjutkan pelajaran ke universiti.
Ini kerana, mulai 1 Januari 2012 juga, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.
SSPN ialah pelaburan pendidikan yang baik untuk anak-anak dan kini terdapat 2 pilihan akaun SSPN, iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus.
Untuk mengetahui perbezaan antara SSPN-i dan SSPN-i Plus, di sini kami kongsikan maklumat lanjut untuk memudahkan ibu bapa membuat pilihan.
Apakah SSPN-i?
Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau singkatan SSPN adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.
Kini SSPN dijenamakan semula sebagai SSPN-i selari dengan skim patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.
Tiada komitmen bulanan dan bergantung kepada ibu bapa untuk membuat tambahan pelaburan.
Apakah SSPN-i Plus?
SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.
SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Baca juga: 11 Skim Bantuan JKM: Cara Daftar, Semakan & Kemaskini Online
Perbezaan SSPN-i dan SSPN-i Plus
Secara umumnya, perbezaan antara SSPN-i dan SSPN-i Plus adalah pada komitmen bulanan dan faedahnya.
SSPN-i adalah pelaburan fleksibel dan tanpa komitmen tetap, manakala SSPN-i adalah pelaburan dengan komitmen bulanan yang menawarkan manfaat perlindungan takaful yang lebih tinggi nilainya.
Sila rujuk rajah di bawah untuk memahami dengan lebih lanjut.
Pakej yang ditawarkan oleh SSPN-i Plus adalah seperti berikut:
- Pakej Intan: RM30 / sebulan
- Pakej Delima: RM50 / sebulan
- Pakej Topas: RM 100 / sebulan
- Pakej Zamrud: RM 200 / sebulan
- Pakej Nilam: RM300 / sebulan
- Pakej Berlian: RM500 / bulan
Syarat-syarat Pembukaan Akaun SSPN-i
- Pendeposit dan penerima manfaat kepada akaun SSPN-i hendaklah warganegara Malaysia;
- Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk dirinya sendiri;
- Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat yang sama;
- Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun;
- Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna seorang penerima manfaat pada masa yang sama boleh menjadi pendeposit; dan
- Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN-i bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.
Cara Buka Akaun SSPN Online
Untuk mendaftar atau buka akaun SSPN online untuk anak, anda boleh mengikut langkah berikut:
Untuk membuka akaun SSPN online, tidak kiralah sama ada akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus, anda boleh mengikuti langkah berikut:
- Layari laman web rasmi SSPN Online di pautan https://lovesspn.ptptn.gov.my/
- Klik ‘Daftar SSPN-i’ atau ‘Daftar SSPN-i Plus’ yang terletak pada menu atas sebelah kanan.
- Klik ‘Pembukaan Akaun’
- Isikan butiran yang lengkap dalam borang pendaftaran tersebut.
- Buat bayaran berdasarkan pakej pilihan (SSPN i-Plus) atau amaun pilihan (SSPN-i)
- Anda akan menerima notifikasi dan resit setelah membuat bayaran pertama.
Rujuk panduan bergambar di bawah:
Pembukaan akaun di kaunter juga digalakkan dibuat melalui Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank bagi mempercepatkan proses.
Baca juga: THiJARI: Cara Daftar Tabung Haji Online Tanpa Ke Kaunter
Cara Semakan Penyata SSPN Online
Untuk membuat semakna baki penyata SSPN online, sila ikuti langkah ini:
- Layari portal rasmi SSPN
- Klik menu Penyata dan pilih sama ada ingin membuat ‘Semakan Penyata SSPN-i’ atau ‘Semakan Penyata SSPN-i Plus’
- Log masuk menggunakan nombor MyKad pendeposit dan kata laluan untuk semak baki penyata SSPN
Maklumat Lanjut Tentang SSPN Online
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk FAQ / soalan lazim tentang SSPN-i / SSPN-i Plus melalui pautan dibawah:
Hubungi talian hotline SSPN: 03-2193 3000 jika terdapat sebarang pertanyaan.
Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui Facebook rasmi SSPN di https://www.facebook.com/sspnrasmi/