Cara Kira Dividen ASB & ASBF 2021
Alhamdulillah, pulangan ASB tahun ini adalah 5%.
Dividen = 4.25%
Bonus = 0.75%
Jumlah agihan : 5.00% atau 5.00 sen seunit
Bagaimana kira anggaran dividen ASB yang bakal kita dapat?
Ini caranya.
Cara Kira Dividen ASB
Ulangkaji cara pengiraan dividen ASB.
- Muat turun penyata terperinci dari portal MyASNB.
- Buat jadual setiap bulan dari Jan – Dis.
Jan –
Feb –
Mac –
Apr –
Mei –
Jun –
Jul –
Ogos –
Sept –
Okt –
Nov –
Dis –
- Berdasarkan penyata tadi, masukkan baki terendah pada setiap bulan.
Contoh:
Jan – RM10,000
Feb – RM10,000
Mac – RM10,000
Apr – RM9,000 (katalah ada buat pengeluaran RM1,000 pada 20/4)
Mei – RM9,000
Jun – RM9,000
Jul – RM9,000 (katalah ada masukkan RM2,000 pada 10 Julai, baki terendah untuk bulan ni masih lagi dikira RM9,000)
Ogos – RM11,000
Sept – RM11,000
Okt – RM11,000
Nov – RM11,000
Dis – RM11,000
- Jumlahkan semua. Kalau contoh di atas, jumlah baki terendah adalah RM121,000
- Bahagikan dengan 12 bulan untuk dapatkan purata.
RM121,000 / 12 bulan = RM10,083.33
- Andai kata dividen untuk tahun ni 5%, darabkan purata baki terendah tadi dengan 5%.
= RM10,083.33 x 5%
= RM504.17
Harapnya dapat membantu.
Jika anda ada buat pinjaman ASB atau ASB Financing (ASBF), boleh rujuk cara di bawah.
Cara Kira Dividen Tahunan ASB Financing
Jumlah Nilai ASBF x 5% = Dividen tahunan
Contoh :
ASBF RM200,000 = RM10,000
ASBF RM100,000 = RM5,000
ASBF RM50,000 = RM2,500
*Sesiapa yang mengambil moratorium untuk ASBF juga akan menerima dividen penuh.
Cara kira Dividen ASBF (Tak sampai 12 bulan)
*Contoh baru buat 10 bulan dan buat ASBF RM100K
ASBF RM100K = Dividen Tahunan RM5,000
(Bahagikan dengan 12 untuk dapatkan anggaran dividen sebulan)
RM5,000 / 12 = RM417
(Darabkan dengan 10 untuk dapakan anggaran dividen 10 bulan)
RM417 x 10 bulan = RM4,170
Semoga membantu.
Jika nak buat semakan nanti, boleh check online melalui portal MyASNB.
Semakan Penyata Online MyASNB
Untuk lebih memudahkan, anda boleh semak terus penyata kewangan serta dividen yang dikreditkan ke akaun ASB anda secara online.
Sila rujuk cara buat semakan dividen seperti berikut:
- Daftar / log masuk ke Portal MyASNB
- Tekan menu Semakan Penyata
- Pilih tahun penyata kewangan yang ingin disemak.
Jika anda masih belum ada akaun ASB online, sila rujuk cara daftar di sini: MyASNB: Cara Daftar ASB Online, Semak Penyata, Dividen & Pengeluaran
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila rujuk laman web Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Permodalan Nasional Berhad (PNB) di pautan www.myasnb.com.my