in

CCID: Cara Check Scammer Online (Semak No Akaun & No Telefon)

cara check scammer online
ADVERTISEMENT

Dengan melonjaknya perbankan online dan e-commerce, makin ramai yang berurusan secara atas talian. Scammer pula makin licik memperdayakan pengguna. Jadi, bagaimana cara nak check scammer online?

Sebenarnya, ada cara mudah nak buat semakan iaitu melalui sebuah portal khas PDRM https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.

Secara khususnya, portal ini berada di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Commercial Crime Investigation Department (CCID).

Portal CCID Semak Mule ini membolehkan seseorang buat semakan scammer online atau apa-apa bentuk penipuan.

Kita boleh masukkan maklumat ini untuk mengesan scammer:

  • No Akaun Bank
  • Nombor Telefon

Baca juga: CIMS MITI: Cara Permohonan Beroperasi Syarikat Dalam Tempoh PKP

Laman Web CCID / Semak Mule

Sebelum anda membuat bayaran atau meneruskan urusniaga, terutamanya dalam jumlah yang besar, anda boleh buat semakan nombor akaun atau nombor telefon.

Cara nak check scammer online ni mudah sahaja dan hanya ambil masa beberapa saat sahaja!

Di sini kami kongsikan langkahnya:

  1. Layari laman web rasmi CCID (Commercial Crime Investigation Department) aka Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di pautan berikut:
    http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
    ATAU buka aplikasi Semak Mule melalui Google Playstore.
  2. Terdapat 2 kategori yang boleh anda pilih untuk membuat semakan iaitu
    • Nombor akaun bank
    • Nombor telefon
  3. Pilih salah satu daripada kategori di atas.
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon atau nombor akaun bank individu yang disyaki tersebut.
  5. Masukkan maklumat Captcha
  6. Tekan butang ‘Semak Maklumat’
  7. Maklumat akaun bank atau nombor telefon akan dipaparkan sama ada ia pernah dilaporkan sebagai scammer.

Rujuk panduan bergambar di bawah:

1. Semakan No Telefon / No Akaun Scammer Online (Melalui Laman Web CCID)

Kalau anda buat carian melalui laman web, akan keluar page macam di bawah ini.

Hanya perlu masukkan nombor telefo atau nombor akaun orang yang kita nak check dalam ruang di bawah.

ADVERTISEMENT
check scammer online

Lepas tu, tekan butang SEMAK MAKLUMAT.

Semakan akan memberitahu kita sama ada ada orang yang dah pernah laporkan nombor telefon tersebut sebagai scammer.

check scammer online

Selain itu, carian maklumat juga akan menyatakan sama ada ramai orang telah membuat semakan terhadap nombor telefon atau nombor akaun yang dimasukkan tadi.

2. Cara Check No Telefon / No Akaun Scammer Melalui Apps

Jika anda sentiasa berurusniaga dengan orang ramai, bolehlah terus install aplikasi CCID Semak Mule di Google Play Store ini:

check scammer online

Caranya sama juga, cuma perlu masukkan nombor akaun atau nombor telefon.

Sekiranya nombor tersebut tidak selamat, anda akan menerima notifikasi dan amaran seperti ini:

Jika mendapat amaran ini, anda boleh mengelakkan daripada meneruskan urusniaga dan membuat laporan terus melalui pihak PDRM.

Jadi dengan maklumat ini, kita bolehlah meneruskan urusniaga dengan lebih yakin dan selamat.

Baca juga: Cara Semak Wang Tak Dituntut Online Di Jabatan Akauntan Negara (eGUMIS)

Semoga bermanfaat!

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

contoh surat kebenaran rentas negeri

PKP 2.0: Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri / Daerah Bagi Urusan Kecemasan

10 Tips Berjimat Ketika Travel Yang Ramai Abaikan