in

i-Sinar KWSP: Permohonan Bersyarat Mulai Disember 2020

i-sinar kwsp

Seperti yang kita sedia maklum, pihak kerajaan melalui Belanjawan 2021 telah membenarkan untuk para pencarum KWSP mengeluarkan wang dari Akaun 1 melalui i-Sinar KWSP.

Menurut temubual YBhg. Dato’ Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, pengeluaran KWSP ini boleh dibuat berdasarkan beberapa syarat yang menyasarkan kepada golongan yang terjejas.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang i-Sinar KWSP yang penting untuk anda tahu.

i-sinar kwsp

Apakah i-Sinar KWSP?

i- Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.

i-Sinar diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak-pihak berkepentingan agar ahli terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

Pengeluaran yang dibenarkan adalah sebanyak RM500 sebulan (maksimum) dan berkuatkuasa bagi tempoh 12 bulan.

Menurut kenyataan rasmi oleh KWSP, pengeluaran ini diharap dapat membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek.

Syarat Permohonan

Menurut laporan dari Sinar Harian, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak akan dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 1 setelah mereka menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum daripada Akaun 2 menerusi program i-Lestari.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Asri Hamidon berkata, itu adalah antara syarat yang ditetapkan kerajaan kepada pencarum untuk pengeluaran KWSP Akaun 1.

“Menerusi Belanjawan 2021, kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan tetapi dengan syarat, pencarum kena menghabiskan Akaun 2 di bawah jumlah maksima i-Lestari dahulu dan baru boleh dikeluarkan bawah akaun satu,” katanya dalam satu temubual menerusi program Selamat Pagi Malaysia (SPM) yang disiarkan secara langsung di TV1 pada 15 November 2020.

(Rujuk minit 16:40)

Walaubagaimanapun, pihak KWSP belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan syarat kelayakan pengeluaran ini.

Cara Permohonan i-Sinar KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memuktamadkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 Ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar dan akan diumumkan pada 18 November 2020.

Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020.

Portal i-Sinar KWSP dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat bagi memudahkan pengguna mengakses dan membuat urusan secara online, seperti i-Lestari.

Tarikh Bayaran

Menurut kenyataan rasmi KWSP, amaun yang boleh dikeluarkan dijangka akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenari pengeluaran Akaun 1 KWSP, boleh menghubungi saluran rasmi KWSP seperti berikut:

Telefon: 03-8922 6000

Rujuk Facebook KWSP: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Layari Portal Rasmi KWSP

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sop masjid dna surau pkpb

“Saya Boleh Buat SOP Apa Saja, Tapi Tidak Kepada Masjid”, DS Ismail Sabri

i-sinar kwsp

i-Sinar KWSP: Syarat Kelayakan & Jumlah Pengeluaran Akaun 1 Yang Dibenarkan