Cara Semak Rekod CCRIS / eCCRIS Online Tanpa Ke Bank

eCCRIS: Semakan Penyata Laporan CCRIS Online Tanpa Ke Bank Negara Malaysia

Untuk sesiapa yang nak buat pinjaman bank, seseorang perlu mendapatkan laporan kewangan seperti CCRIS terlebih dahulu.

Tahukah anda apakah itu CCRIS dan bagaimana mendapatkan laporan tersebut secara online?

Di sini kami kongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.

Apakah CCRIS?

Mungkin ada yang pernah dengar tentang CCRIS ni masa nak buat loan.

Singkatan ini merujuk kepada Central Credit Reference Information System (CCRIS) iaitu satu laporan kredit/pinjaman anda dengan pihak bank.

Semua rekod pinjaman anda dengan pihak bank akan keluar dalam satu penyata ringkas. 

Pihak bank akan menggunakan laporan CCRIS ini untuk menilai kelayakan pinjaman anda. 

Ramai yang tersilap dan salah faham dan menganggap CCRIS sebagai sistem blacklist yang menyenarai hitam peminjam.

Sebaliknya, CCRIS hanya mengeluarkan laporan yang dikemaskini oleh pihak institusi kewangan masing-masing untuk menganalisa perkara berikut:

  • rekod pembayaran
  • jumlah pinjaman keseluruhan
  • rekod permohonan

Baca juga: Cara Dapatkan Penyata Bank CIMB Online / eStatement (2021)

Kandungan Laporan CCRIS

Berikut adalah 3 komponen utama yang boleh didapati melalui semakan CCRIS

  1. Rekod pinjaman sedia ada – maklumat, jenis, jumlah, penyedia kredit, tindakan undang-undang dan sebagainya
  2. Akaun di bawah pemerhatian khas – kredit tak berbayar yang diletakkan dalam pengawasan khas institusi kewangan
  3. Permohonan untuk kredit – status permohonan untuk pinjaman yang dibuat

Melalui laporan CCRIS tersebut, anda boleh melihat rekod bayaran anda kepada pihak bank.

Jika anda sering bayar pada masa yang telah ditetapkan, iaitu sebelum tarikh akhir, rekod anda akan tertulis dengan nombor ‘0’ setiap bulan. 

Angka ‘0’ menunjukkan yang anda tidak pernah bayar lewat kepada pihak bank.

Namun, jika anda bayar lewat pula, rekod anda akan tertulis dengan nombor ‘1’ jika lewat sebulan, ‘2’ jika lewat dua bulan dan seterusnya.

semakan CCRIS online

Baca juga: Duit Kertas Rosak Jangan Buang! Ini Cara Nak Tukar Dekat Bank

Cara Buat Semakan CCRIS Online (eCCRIS)

Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan mekanisma baru untuk mendapatkan laporan CCRIS melalui portal eCCRIS yang boleh di akses melalui laman web.

Dengan kemudahan ini, anda tak perlu lagi keluar ke kaunter dan boleh mendapatkan laporan kredit anda melalui atas talian sahaja. Mudah kan?

Untuk mendaftar eCCRIS, sila ikuti langkah berikut:

  1. Sila daftar dengan melengkapkan borang di pautan BNM Telelink eCCRIS: bnm.my/LINK
  2. Muat naik dokumen berikut
    • Salinan MyKad (depan dan belakang)
    • Bil telefon terkini
    • 2 dokumen sokongan lain: contohnya lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit dan sebagainya
  3. 6 digit nombor pin sementara akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan
  4. Lawati eCCRIS dan klik Login Kali Pertama.
  5. Masukkan nombor MyKad dan 6 digit nombor pin sementara. Ikut arahan di paparan untuk melengkapkan pendaftaran.
  6. Untuk membuat semakan penyata, sila layari laman CCRIS.

Sila rujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut:

semakan CCRIS online
semakan CCRIS online

NOTA:

*Waktu operasi eCCRIS adalah dari 6:00 pagi – 12:00 tengah malam, Isnin
hingga Jumaat (kecuali cuti umum)

*Rujuk manual pengguna yang lengkap di SINI.

https://www.facebook.com/bnm.official/posts/10159087274259872

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://eccris.bnm.gov.my/atau hubungi saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: