Cara Daftar & Aktifkan ShopeePay. Tebus Kredit Percuma RM150 eBelia!
CARA DAFTAR & AKTIFKAN SHOPEEPAY MALAYSIA UNTUK TEBUS KREDIT EBELIA RM150
Berita baik untuk belia di Malaysia! Seperti yang telah dimaklumkan, kerajaan telah melancarkan program eBelia dan semua belia yang layak boleh mendapatkan kredit percuma RM150 melalui 4 penyedia perkhidmatan eWallet, termasuklah ShopeePay.
Mungkin ada yang dah biasa berbelanja barang keperluan menggunakan Shopee, tapi mungkin ada yang baru pertama kali nak guna Shopee.
Jangan risau, di sini kami kongsikan langkah demi langkah bagaimana nak download aplikasi Shopee dan cara mengaktifkan ShopeePay.
Jom ketahui lebih lanjut!
Apakah ShopeePay?
ShopeePay adalah sejenis eWallet yang berfungsi menyimpan wang dari bayaran balik dan tambah nilai anda.
Seperti juga kad debit, ia adalah sejenis perkhidmatan e-Tunai yang kemudiannya dapat digunakan untuk membayar pesanan anda secara online (dari Aplikasi atau Web Shopee) dan termasuklah juga bayaran secara offline di premis-premis terpilih.
Bukan itu saja, ShopeePay juga menawarkan kaedah pembayaran yang lebih cepat serta pelbagai potongan dan promosi menarik ketika anda berbelanja menggunakan ShopeePay.
Cara Aktifkan ShopeePay
Untuk menggunakan ShopeePay, anda perlulah memuat turun App Shopee terlebih dahulu.
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di peranti Android dan Apple iOS.
- Google Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.shopee.my
- iOS Store: https://apps.apple.com/my/app/shopee-1-online-platform/id959841113
Setelah memuat turun, bolehlah anda mengaktifkan ShopeePay dengan langkah berikut:
- Buka aplikasi Shopee
- Pergi ke ikon ‘ShopeePay’ di homepage Shopee. (Jika anda tidak dapat melihat ikon ini, pastikan anda telah Update app ini di Google PlayStore / ioS Store)
- Masukkan butiran peribadi seperti nama anda dan nombor kad pengenalan.
- Kemudian, cipta nombor PIN (yang perlu diingat) untuk pengesahan.
- Anda boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai.
(NOTA: Nilai kredit RM150 boleh ditebus melalui Program eBelia ShopeePay)
Sila rujuk penerangan bergambar di bawah :
LANGKAH 1 : Klik ikon ShopeePay seperti dalam gambar di bawah.
LANGKAH 2 : Tekan butang ‘Activate ShopeePay’. Tick pada kotak kecil di bawah dan tekan butang ‘Next’.
LANGKAH 3:
Cipta no pin untuk akaun ShopeePay anda. Selepas membuat verifikasi, akaun ShopeePay akan tertera di bahagian ‘Profile’ seperti di bawah.
Anda boleh tekan pada ikon ‘ShopeePay’ dan ikon berikut akan muncul untuk tindakan selanjutnya:
- Top Up
- Scan
- Pay
- Transfer
- Withdrawal
- Request
Sejarah transaksi anda juga akan dipaparkan untuk rujukan anda.
Sekarang, bolehlah anda berbelanja dengan ShopeePay.
Cara Penebusan Kredit Percuma RM150 eBelia ShopeePay
Untuk penebusan kredit percuma RM150 melalui Program eBelia, ia boleh mula dituntut mulai 1 Jun 2021 nanti.
Baca juga: eBelia: Penebusan Kredit eWallet Percuma RM150 Mulai 1 Jun 2021
Langkah membuat penebusan kredit percuma RM150 boleh dibuat dengan cara di bawah:
Cara claim eBelia di Shopee:
- Aktifkan ShopeePay seperti langkah di atas.
- Buat pengesahan verifikasi kad pengenalan. (Rujuk gambar di bawah)
- Tebus kredit RM150 melalui ikon eBelia.
Langkah verifikasi adalah seperti di bawah:
- Pergi ke homepage Shopee dan tekan ikon ShopeePay
- Klik ‘Verify Now’
- Upload gambar IC anda dan selfie bersama IC.
- Pengesahan akan diberikan dalam masa 24 jam oleh pihak Shopee.
- Kredit eBelia akan diberikan setelah anda disahkan layak untuk program ini.
Jangan lupa tebus nanti ok!
Baca juga: SPPP SSM: Panduan Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40 & Pelajar
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan ShopeePay, sila rujuk terma dan syarat serta info terkini dari Shopee Malaysia.
Rujukan: https://help.shopee.com.my/s/article/How-to-activate-ShopeePay-200806