Senarai Pinjaman Perniagaan Untuk Usahawan PKS & Bumiputera (2021)
[TERKINI] Senarai Pinjaman Perniagaan Untuk Usahawan PKS & Bumiputera 2021
Menurut data dari SSM, bilangan perniagaan baharu yang didaftarkan antara tempoh Mac dan Oktober tahun ini jauh mengatasi jumlah entiti perniagaan yang menutup operasi mereka semasa tempoh tersebut meskipun berdepan cabaran pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Berdasarkan BERNAMA, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melaporkan sebanyak 281,781 perniagaan baharu didaftarkan dalam tempoh tersebut.
Jadi, jika bagi anda yang tertanya-tanya bagaimanakah cara mendapatkan modal atau bantuan jika ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan, di sini kami ingin kongsikan beberapa agensi kerajaan serta bank yang menawarkan pinjaman perniagaan 2021 khususnya bagi golongan Bumiputera.
Senarai Pinjaman Perniagaan Untuk Usahawan PKS & Bumiputera 2021
1. TEKUN Nasional
TEKUN Nasional atau dahulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.
Terdapat beberapa skim pembiayaan perniagaan yang disediakan TEKUN antaranya:
- Skim Pembiayaan TEKUN Niaga
- Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN
- Skim Pembiayaan Program TemanNita
- Skim Pembiayaan Kontrak-i
- AR-RAHNU TEKUN
- Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India
- Tekun Mobilepreneur
Pembiayaan yang disediakan bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000 bagi tempoh 5-10 tahun. Untuk info lanjut layari portal rasmi TEKUN Nasional.
2. TERAJU
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ialah unit strategik di Jabatan Perdana Menteri bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara.
Melalui Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB), TERAJU menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat memulakan perniagaan (start-up) dengan dana sebanyak RM100 juta.
Dana Teras pula bertujuan memudahkan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras).
Pembiayaan di bawah Dana Teras adalah untuk modal kerja dan pembelian aset.
Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic, MIDF dan Maybank Islamic.
Dana Teras hanya terbuka kepada syarikat yang berada di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS).
Semak syarat kelayakan anda di portal rasmi TERAJU.
3. Pinjaman Perniagaan MARA
Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi pembangunan sosio-ekonomi yang komited membangunkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing di peringkat negara mahupun antarabangsa.
Skim pinjaman MARA / pembiayaan perniagaan sentiasa diperkasa untuk lebih menggalakkan golongan Bumiputera menceburi bidang keusahawanan serta berdaya saing di peringkat dalam dan luar negara.
Keistimewaan skim pembiayaan ini adalah patuh syariah, mudah dan cepat.
Antara Kemudahan Pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Skim Pembiayaan Belia (PUTRA)
- Skim Pembiayaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi)
- Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya (OKU)
- Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)
- Skim Pembiayaan (DananITA) yang ditawarkan khusus buat usahawan wanita Bumiputera
- Program Mobilepreneur Food Truck
- Program Rantaian Industri (PRiN)
- MARA Intergrated Smart Auto (MiSA)
- Skim Kemudahan Mudah Jaya (SPiM)
- SPiM Tekno
- Program Galakan Eksport (GEB)
- Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
- Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
Sila rujuk Portal Rasmi MARA untuk maklumat lanjut dan huraian setiap skim yang ditawarkan.
4. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258).
Objektif penubuhan AIM adalah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan.
Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.
Antara skim pembiayaan yang ditawarkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia adalah:
- Skim i-Mesra
- Skim i-Srikandi
- Skim i-Wibawa
- Skim i-Sejahtera
- Skim i-Bestari
- Skim i-Penyayang
Antara syarat untuk menyertai AIM adalah pendapatan bulanan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM 3,855 atau per kapita RM 838, dan pemilikan aset yang tidak melebihi jumlah RM 50,000.
Maklumat lanjut tentang Amanah Ikhtiar Malaysia, sila rujuk di SINI.
5. Hijrah Selangor
Pinjaman mikrokredit perniagaan Hijrah Selangor adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menawarkan pinjaman mudah, cepat dan tidak membebankan kepada rakyat.
Selain pinjaman Mikro kredit, Hijrah Selangor juga menawarkan pakej pembiayaan ‘Zero to Hero’ yang melaksanakan sistem mentoring.
Maklumat lanjut tentang skim pembiayaan pinjaman perniagaan ini boleh didapati melalui laman web https://www.hijrahselangor.com/
atau
Ibu Pejabat Hijrah Selangor
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Telefon: +603 5519 1692
6. PUNB
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan pakej pinjaman perniagaan untuk usahawan Bumiputera.
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah dari RM100,000 hingga RM10 juta bagi tempoh bayaran balik 10 tahun.
Dalam masa sama PUNB juga menyediakan program pembangunan korporat dan latihan pembangunan usahawan seperti Program JUMPER.
Sila layari Portal Rasmi PUNB untuk maklumat lanjut.
7. SME Corp
Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua Kementerian dan agensi yang berkaitan.
Pelbagai program oleh SME Corp melalui SME Bank menyokong pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
BAP 2.0 contohnya menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran bersamaan dan skim pinjaman mudah bagi membantu PKS meraih peluang pertumbuhan perniagaan baharu. SME Corp.
*Nota: Permohonan baharu bagi geran di bawah program ini adalah ditangguhkan buat sementara waktu. Sila layari Laman Web Rasmi SME Corp. Malaysia untuk maklumat lanjut.
Lain-lain Pinjaman Perniagaan 2021
Terdapat banyak lagi pinjaman perniagaan 2021 yang disediakan oleh pelbagai bank di Malaysia seperti BSN, Bank Islam, Bank Rakyat dan sebagainya.
i) BSN Micro/i Kredit Prihatin
Pinjaman ini memberikan anda tempoh moratorium di mana peminjam hanya perlu mula bayar bayaran bulanan 6 bulan selepas tempoh kelulusan.
Tiada kadar faedah keuntungan yang dikenakan iaitu 0%.
Pinjaman ini memang ditawarkan untuk mengurangkan beban dikalangan usahawan, peniaga, penjaja sepanjang gelombang COVID 19 ini.
Setiap usahawan mikro disediakan pelbagai segmen iaitu sebanyak RM75,000 amaun pembiayaan maksimum di bawah BSN Micro/i-Kredit Prihatin dalam tempoh pembiayaan atau pinjaman antara satu hingga 5.5 tahun.
Maklumat lanjut: https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=1665
ii) Pembiayaan Mikro BangKIT Bank Islam
Pembiayaan Mikro BangKIT adalah program yang menyediakan pembiayaan mikro mampu milik kepada segmen masyarakat yang kurang berkemampuan dan tidak layak memohon kemudahan pembiayaan perbankan biasa tetapi memerlukan modal kerja dan/atau pembiayaan untuk perbelanjaan modal.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan dilengkapi dengan latihan perniagaan praktikal dan mentor oleh pembuat perubahan yang dilantik untuk kembangkan perniagaan dan kemampanan.
Ditawarkan di bawah kontrak al-Qard (tanpa faedah), Pembiayaan Mikro BangKIT menyediakan pinjaman serendah RM500 hingga RM3,000 bagi perniagaan baharu dan RM3,000 hingga RM20,000 bagi pengembangan perniagaan dengan tempoh bayaran balik antara enam bulan dan tiga tahun
Maklumat lanjut: https://www.bankislam.com/corporate-info/social-finance-bank-islam/pembiayaan-mikro-bangkit/
iii) Skim Pembiayaan Mikro-i MUsk Bank Rakyat
Skim Pembiayaan Mikro-i MUsk direka khas bagi menyediakan dana dan pembiayaan bagi membantu penjaja dan peniaga kecil mengembang dan meningkatkan perniagaan masing-masing.
Maklumat lanjut:
- (Malay)PDS Pembiayaan Mikro-i (MUsK) Tanpa Panel.pdf (.pdf format)
- (Malay)PDS Pembiayaan Mikro-i MUsK-MEF.pdf (.pdf format)
Bank Rakyat juga menyediakan Pembiayaan Qaseh Biz-i khusus untuk usahawan wanita.
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454.