in

Cara Permohonan Lanjutan Moratorium Bank Islam Mulai 23 Nov 2020

lanjutan moratorium bank islam

Bermula 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021, pelanggan B40, M40 dan perusahaan mikro yang layak boleh mula memohon Program Prihatin Bersasar, iaitu Bantuan Bayaran Balik Bersasar yang menawarkan Lanjutan Moratorium Bank Islam serta penstrukturan semula.

Berikut adalah perakra penting yang perlu anda tahu untuk membuat permohonan.

Baca juga: Lanjutan Moratorium: Cara Mohon Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (Mulai 23 Nov 2020)

Permohonan Program Prihatin Bersasar Bank Islam Untuk Individu & PKS

Program Prihatin Bersasar adalah satu program yang ditawarkan kepada pelanggan Bank Islam yang terjejas dari segi kewangan akibat pandemik COVID-19 berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Syarat Kelayakan

Di antara kriteria dan pakej yang ditawarkan (tertakluk kepada kelayakan dan kelulusan) adalah seperti berikut:

  1. Pelanggan yang diberhentikan kerja pada tahun 2020 (termasuk individu yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja kontrak atau bekerja sendiri) dan masih belum bekerja semasa tarikh permohonan)
    • Penyambungan moratorium pembiayaan selama 3 bulan
  2. Pemotongan gaji (gaji pokok / komisyen / elaun tambahan / elaun kerja lebih masa) pada tahun 2020
    • Pengurangan pembayaran balik bulanan sepadan dengan pengurangan pendapatan selama 6 bulan
  3. Cuti Tanpa Gaji (selama 12 bulan ke bawah)pada tahun 2020
  4. Suami/Isteri diberhentikan kerja pada tahun 2020 (Bagi pembiayaan bersama sahaja)
  5. Bekerja Sendiri- Perniagaan terkesan & masih beroperasi
  6. Bekerja Sendiri- Perniagaan terkesan dan telah ditutup pada tahun 2020

*Untuk kriteria-kriteria yang tersebut di atas, pelanggan akan diberikan pakej seperti penangguhan sementara ansuran bulanan atau pengurangan ansuran bulanan sepadan dengan pengurangan pendapatan tertakluk kepada budi bicara Bank

Cara Permohonan Lanjutan Moratorium Bank Islam

i) Permohonan Online

Permohonan lanjutan moratorium Bank Islam boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi E-Borang di sini.

Sertakan dokumen sokongan yang lengkap mengikut senarai INI.

ii) Permohonan Manual

Permohonan manual boleh dibuat melalui cawangan Bank Islam dengan mengisi Borang Permohonan Program Prihatin Bersasar.

Sila kunjungi cawangan Bank Islam terdekat. Senarai cawangan boleh didapati di sini.

Baca juga: MyASNB: Cara Daftar ASB Online, Semak Penyata, Dividen & Pengeluaran

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat tentang permohonan lanjutan moratorium Bank Islam atau Permohonan Program Prihatin Bersasar sila layari laman sesawang Bank Islam www.bankislam.com.

ATAU

Hubungi Pusat Panggilan Pelanggan Bank Islam di 03-26 900 900

Rujuk Soalan Lazim (FAQ)

  • Soalan lazim berkaitan Program Penjadualan/Penstrukturan Semula di sini
  • Soalan lazim berkaitan Program Prihatin Bersasar di sini
  • Soalan lazim berkaitan penambahbaikan Program Prihatin Bersasar di sini
  • Soalan lazim berkaitan Penyambungan Semula Ansuran Bulanan Pembiayaan di sini

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

bantuan jkm

11 Skim Bantuan JKM 2021: Cara Daftar, Semakan & Kemaskini Online

ujian saringan covid 19

Ujian Saringan Covid-19: Harga, Senarai Klinik & Prosedur Di Malaysia